Kredit foto: murai.my Baru-baru ini, kecoh seketika apabila usahawan Norjuma Habib meninggalkan sidang media yang sepatutnya berlangsung di Riverside Restaurant. Sesi sidang media itu diadakan bagi mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak berkenaan dengan saman fitnah daripada Fame Up Entertainment terhadap Norjuma Habib berikutan video fitnah yang tersebar sekitar Mac 2018. Norjuma bertindak demikian kerana mendakwa sidang media itu tidak diadakan pada waktu yang telah ditetapkan walaupun ketika itu pihak satu lagi cuma lewat kurang daripada 5 minit. Kredit foto: Instagram Aidijuma Melalui tinjauan di Instagram Aidijuma, Norjuma telah mengumumkan melalui status yang bertarikh 6/3/20, bahawa "Pihak pengurusan Aidijuma telah memuktamadkan keputusan untuk menutup semua kedai" disertai nota lanjut "tarikh terakhir akan diumumkan kelak". Pengemaskinian status ini telah dibuat sejurus selepas pembatalan sidang media itu. Rata-rata pengikut beliau dilihat terkejut dan sedih melalui ruangan komen di status berkenaan. Tudung Aidijuma adalah antara tudung paling popular satu ketika dulu kerana corak, kualiti serta bentuk tudung yang menarik dengan harga mampu milik. Walaupun kebelakangan ini terdapat pelbagai jenama tudung lain yang lebih menarik, masih ramai pengikut yang masih setia dengan Aidijuma dan berharap Norjuma Habib tidak menutup syarikat ini. Mungkinkah apa yang dimaksudkan Norjuma ialah cuma penutupan kedai, tetapi penjualan akan diteruskan seperti biasa melalui Laman Web Aidijuma? Apapun, diharapkan Norjuma tidak berputus asa dan mengambil tindakan terburu-buru ekoran masalah saman fitnah yang dihadapinya kini. - CARI
|
rina0602 replied at 8-3-2020 11:58 AM
Tp website dia apa? Aku google mcm xde plk dah
MissQwerty replied at 8-3-2020 11:52 AM
Tak paham..kes apa nii..someone explain detailss
sarah82 replied at 8-3-2020 12:16 PM
Aku pernah pakai tudung adijuma....ada org ingat aku budak u tak habis belajar dlm 20 an mcm tu.. Te ...
gold_teeth replied at 8-3-2020 12:31 PM
Wey ptut berbangga tau.. still young gtu hahahaha even kekdahnya tudung aidijuma ni suka tertarik ...
MissQwerty replied at 8-3-2020 11:52 AM
Tak paham..kes apa nii..someone explain detailss
sarah82 replied at 8-3-2020 12:16 PM
Aku pernah pakai tudung adijuma....ada org ingat aku budak u tak habis belajar dlm 20 an mcm tu.. Te ...
dudaberhias replied at 8-3-2020 12:51 PM
Teringat tudung aidijuma punya design, corak2 cupcake, corak2 aiskrim. No wonder lah katup semua k ...
dudaberhias replied at 8-3-2020 12:51 PM
Teringat tudung aidijuma punya design, corak2 cupcake, corak2 aiskrim. No wonder lah katup semua k ...
ADVERTISEMENT