CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nampak Mewah Kalau Duduk Reban Sekalipun" - Syifa Melvin Buat Netizen Makin Marah!

8-3-2020 10:21 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 26795| Komen: 197|Original author: Oleh: Myeonir

Minggu ini boleh dikatakan portal hiburan tak menang tangan sebab nak tulis cerita panas melibatkan adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin.

Meskipun namanya suam-suam kuku sahaja sebelum ini, tetapi kini semakin ramai mengenalinya.


Drama bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduh Syifa sebagai punca pemain bola sepak JDT, merangkap kekasihnya iaitu Safawi Rasid menunjukkan prestasi tidak baik. 

Tetapi, makin menjadi pula apabila Syatilla turut sama mengeluarkan kenyataan tentang perihal adiknya itu.


Kredit foto: IG

Disebabkan nama Syifa tiba-tiba panas, ramai pula netizen yang menggali balik segala jenis gosip mengenainya. Antara satu kisah yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila gadis itu dikatakan telah menghina penduduk PPRT.

Mungkin tidak betah terus dihina, Syifa akhirnya memuat naik satu video pendek untuk memohon maaf kepada sesiapa yang terasa mengenai lawak tak sensitifnya itu.



"Bila pakai tudung rich satin, warna yang nampak mewah, material yang sangat cantik. So kat mana pun kita berada, kita akan... kita akan ada keyakinan diri. Itu maksud Syifa sebenarnya.

"Duduklah dekat mana pun, dekat reban ayam sekali pun, bukan kata korang duduk korang penghuni situ.. tak! Maksudnya, korang memang ada dekat tempat tu. Bila kita pakai tudung tu, kita nampak confident.

"Takkanlah Syifa nak menghina orang yang tak berkemampuan, sebab kami pun bukanlah kaya mana pun. Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujudkan bisnes Kekasih untuk menolong orang," katanya.

Gadis berusia 26 tahun itu juga menambah bahawa orang ramai telah salah sangka dengan kandungan video tersebut dan menfitnahnya. Dia juga ada mengatakan walau macam mana pun dia cuba memberi penjelasan, semua yang sedang marah pasti tidak akan mendengarkannya.

Pun begitu, penjelasannya ini semakin memarakkan lagi api kemarahan netizen kerana intipati video permohonan maaf itu nampak seperti dia tidak mahu mengaku kesalahannya. Sehingga memberi alasan yang sangat tak munasabah!


Kredit foto: Twitter

Kadang-kadang, mendiamkan diri adalah jalan terbaik untuk tak mengeruhkan lagi keadaan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 8-3-2020 10:28 AM
Kalau la otak tu boleh dibeli, akan ku hadiahkan utk pompuan ni
Quote kawaiichicken 8-3-2020 10:30 AM
kena mintak maaf kat ayam pulak lepas nih
Quote tepung 8-3-2020 10:31 AM
One word : BIMBO
Quote uori 8-3-2020 10:32 AM
Megikari replied at 8-3-2020 10:28 AM
Kalau la otak tu boleh dibeli, akan ku hadiahkan utk pompuan ni

tapi belum tentu dia tau nak pakai
Quote rosevelvet 8-3-2020 10:33 AM
Baik diam jer la sipa. Ko xyah nk justify apa sbb yg apa2 yg keluar dr mulut ko adalah pkataan yg x bijak n keadaan worsen. N xyah nk justify org ckp ko baik sbb apa yg kuar dr mulut ko tu cukup implied ur innerself
Quote slyfynx 8-3-2020 10:39 AM
Bodo. Tudung satin lak. Ape ke bangang die ni
Quote Tinot7 8-3-2020 10:46 AM
Hmm.. buat bisnes sbb nak tolong org ker.. nak buat duit?

Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujudkan bisnes Kekasih untuk menolong orang
Quote nooriesz 8-3-2020 10:47 AM
bodo giler!! marilah tnjk kn kebodohan tu lg..
Quote epal21 8-3-2020 10:48 AM
Tinot7: Hmm.. buat bisnes sbb nak tolong org ker.. nak buat duit?Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujudkan bisnes Kekasih untuk menolong orang


Bosan kan dengar alasan "buat biz sebab nak tolong orang". Drp mawar rashid, toklip ke dia ni. Semua guna alasan sama.
Quote rosevelvet 8-3-2020 10:51 AM
Tinot7 replied at 8-3-2020 10:46 AM
Hmm.. buat bisnes sbb nak tolong org ker.. nak buat duit?

Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujud ...

Xyahlah nk guna alasan tu bila nk bniaga. Dia mmg perlukan agen utk jual produk dia. Maknanya agen tu yg tolong dorang
Quote apedehal 8-3-2020 10:52 AM
Tinot7 replied at 8-3-2020 10:46 AM
Hmm.. buat bisnes sbb nak tolong org ker.. nak buat duit?

Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujud ...

Kalaulah video tu ikhlas..xdanya menyempat nk promo produk tmbang kilo reban ayam sheol
Quote RatuDunia94 8-3-2020 10:52 AM
Sebenarnya bila nk minta maaf tu just minta maaf je la.. bila ko sibuk nk justify walopon ko rasa ko x salah ko akan nampak lg bodoh..
X perlu justify just say sorry!
Quote RatuDunia94 8-3-2020 10:56 AM
epal21 replied at 8-3-2020 10:48 AM
Bosan kan dengar alasan "buat biz sebab nak tolong orang". Drp mawar rashid, toklip ke dia ni. S ...


Kannnn... iols rengse dgn ayat tu tau.. mostly entah dr mana2 fou der product baru sebulan dua kat pasaran akan guna ayat "kami nk tolong anda buat duit, mari ubah ekonomi keluarga anda. Mari jadi stokis produk kami"... cilaka sgt ayatnya...

Mcm cik piyah suria fm tu baru keluar produk baru siap promo kat WHI pon duk guna ayat "saya nk bantu akak2 jadi kaya".. eh hellooo engko sendiri pon x kaya mana..

Walhal sama jah dgn konsep MLM cuma yg ni kena jual barang...
Quote Tinot7 8-3-2020 11:01 AM
epal21 replied at 8-3-2020 10:48 AM
Bosan kan dengar alasan "buat biz sebab nak tolong orang". Drp mawar rashid, toklip ke dia ni. S ...

Mmg buhsan sbb mmg tau bkn kebenaran. Kalau beriya nak tolong org, buat tanpa mendapat apa2 bayaran laa.. u know, mcm charity giteww..
Quote Tinot7 8-3-2020 11:01 AM
rosevelvet replied at 8-3-2020 10:51 AM
Xyahlah nk guna alasan tu bila nk bniaga. Dia mmg perlukan agen utk jual produk dia. Maknanya agen ...

Sbnrnya betul nak tolong orang. Tolong diorg sendiri.. hahahah
Quote adeqo 8-3-2020 11:01 AM
sebenarnya aku faham je dia nak cakap.. walaupun ko di mana sahaja berada, di rumah banglo, teres, flat, apartmentt ataupun di reban ayam, di hutan, di tandas , ofis, di laut, di kete mercedez, bmw ferrari atau kancil sekalipunn naik basikal naik beca, bas or other public tranport kat dunia ni  punn bila ko pakai tudung dia ni ko akan nmpk mewahhh.. haaa gituuuu!

tp tu la syifaa.. kkdg lebih baik diam.. n pi la masuk communication skill utk belajar susun ayatt mcm manaa.. sbb ayat ko ni kena olah sikit jee baru kasi netizen fahamm n akan nmpk humble.

patut ckp je, tudung saya ni sangat sesuai n nmpk exclusive utk semua tempat dan keadaan. cth sesuai di tempat kerja mahupun buat aktiviti lasak. simple!  

cube la beradab sikit time cakap tuu.. aihhhh. pening aku tgok artis malaysia bila iv.. main sedap je cakap x de kesopanan langsung!
Quote Tinot7 8-3-2020 11:02 AM
apedehal replied at 8-3-2020 10:52 AM
Kalaulah video tu ikhlas..xdanya menyempat nk promo produk tmbang kilo reban ayam sheol

Sbb nak promote produk sendiri la yg depa amik kesempatan ni.
Quote fishcracker 8-3-2020 11:04 AM
Ni time kecik tak pernah kena cabai mulutnye
Quote violetungu 8-3-2020 11:19 AM
Sudah2la shifa kadang kita cakap orang tak paham pastu pusing merata alam..Aku xback up shifa ni tapi lebih baik diam utk menjernihkan keadaan.lagi byk cakap lagi byk salahnya.

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.156195 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top