|
Sebuah foto menunjukkan seorang penunggang motosikal memujuk seorang lelaki Cina yang cuba membunuh diri mendapat perhatian warganet. Memetik laporan ProjekMM, gambar yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan penunggang motosikal itu memegang bahu lelaki tua itu yang dipercayai memujuknya daripada terjun ke dalam sungai.
“Kejadian berlaku sebentar tadi. Pemuda Melayu memujuk seorang lelaki berbangsa Cina yang hendak membunuh diri. Akhirnya pakcik tersebut berjaya diselamatkan orang ramai dan bomba. “Inilah rakyat kita sebenar,” tulis hantaran tersebut. Ramai warganet berasa terpanggil untuk memberi komen berkaitan gambar tersebut. Mereka bukan sahaja memuji tindakan penunggang motosikal itu, malah sikap harmoni antara kaum yang diterapkan begitu memberi kesan. Mereka juga menganggap masalah politik yang menjurus kepada masalah antara kaum sebenarnya tidak berlaku di dunia nyata. Apa pula pendapat anda? - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.084920 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.