CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selamba Tukar Lorong Tiba-tiba Sampai Melambung Penunggang Grab Food

10-3-2020 09:44 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12873| Komen: 67|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan


Lagi kes langgar lari penunggang Grab Food tercedera akibat kecuaian pemandu yang menukar lorong secara tiba-tiba. Tiada sivik betul!



Sakit pula hati melihat video yang dikongsikan sahabat mangsa menerusi Facebook ini.


KAWAN DIBIARKAN TERKULAI GARA-GARA PEMANDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

"Kejadian berlaku pada Ahad sekitar jam 1.13 tengah hari di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. 

"Sahabat saya, Nizam Mazlan bekerja sebagai penghantar makanan sambilan dan sewaktu kejadian beliau sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan sebelum sebuah BMW hitam (plat nombor pendaftaran tidak dapat dicam) telah menukar lorong menghala ke Jalan Kelang Lama secara tiba-tiba.


Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan

Katanya, Nizam tidak sempat untuk membrek motosikalnya dan terus melanggar belakang bonet BMW tersebut. 

"Diakui Nizam melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan laluan motosikal, tetapi kami sangat ralat kerana pemandu tersebut tidak bertanggungjawab atas kelalaiannya dan hanya melihat sahaja Nizam terkulai di atas jalan raya.

Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan

"Akibat kejadian itu, Nizam telah patah bahu kiri dan mengalami kecederaan dalaman. Saya dan kawan-kawan memohon kerjasama daripada sahabat FB semua untuk bantu mendapatkan maklumat pemandu tersebut dan meminta dia bertanggungjawab," katanya.


Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan

Menurut Amerul Izuwan, mungkin ada di kalangan warganet mahir dalam mengedit video bagi membantu mengecam nombor pendaftaran kereta tersebut. 

"Mohon Share dan Viralkan seeta PM saya, Amerul Izuwan atau laporkan ke balai polis jika ada saksi atau maklumat kes ini.

"semoga abang-abang rider sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan pekerjaan mereka," pesannya.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari ini. Sampai bila nasib mangsa kemalangan langgar lari sebegini tak terbela, kan? - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 10-3-2020 07:25 AM
Sialan bawak kereta mahal tapi otak tinggal kat rumah. Tak memasal orang lain susah
Quote DARSITA 10-3-2020 07:31 AM

Mungkin dia lari kerana takut kena hentam dgn orang ramai. Banyak dah kes macam ini ~

Video ada nampak no plate .. boleh trace owner kereta. Cepatlah nanti polis tangkap.
Quote epal21 10-3-2020 07:42 AM
Kesiannya. Rider ni semua ada dilindungi insurans ke?
Quote wadiunong 10-3-2020 07:57 AM

memang hanat driver yg suka tukar lane tetiber ni. selalu je iols jumpa spesis hanat macam ni. selalunya iols hon panjang2
Quote airmineral 10-3-2020 08:12 AM
cilaka wey keje langgar lari ni. sian rider tu semoga sumenye selamat
Quote otai_g 10-3-2020 08:13 AM
bersepah aku jumpa driver yg perangai hanat gitu. So far so good je. Tade apa2 tindakan pun. Kalo parking x byr cpt plk tindakan diambil.

poor malaysia enforcement.
Quote shernazz 10-3-2020 08:19 AM
Kat federal ek?
Erm...
Quote xtahumenahu 10-3-2020 08:21 AM
Kesian rider grab food tuh..moga cepat sembuh..
Driver bmw lahanat tu bole slowkan kete nak tgk jr..pastu blah..x guna btol
Quote shernazz 10-3-2020 08:21 AM
Bmw tu mmg hanat
Iols.slalu je jumpa hanat hanat mcm ni kat hiway
Dah terlajak pung boleh undur
Pastu dah termasuk exit pon nak jugak keluar...
Spesis mcm.ni x patut drive la...


Rider tu insurans tanggung.dak?
Tanya je.
Quote nuralisa 10-3-2020 08:25 AM
confident je driver bmw tu lari ek....  
Quote Tinot7 10-3-2020 08:26 AM
Tak ptut dia lari.
Tapi nape tajuk video tu ... dilanggar bmw... ?
Quote cik_sssara 10-3-2020 08:29 AM
Edited by cik_sssara at 10-3-2020 08:36 AM

Ini bukan sekadar tukar lane, tapi keluar exit terus

Netizen takde buat csi ke trace bmw ni?
Quote DARSITA 10-3-2020 08:29 AM

Kalau ditangkap harap Mat penghantar makan minta ganti rugi:-

1. Motor baru
2. Kerugian selama tidak berkerja
3. Bayaran perubatan
4. Ganti rugi order/foods yang rosak


Quote CiliPadiSedap 10-3-2020 08:30 AM
takut xblh claim insurans federal motor xboleh masuk
Quote mizruncing 10-3-2020 08:31 AM
kesian rider tu. yg bwk kete mahal ni otak mmg suka tinggal kt umah ek. why laa tak de common sense langsung? takkan tak perasan org dh langgar kete kau. at least benti laa tolong rider tu. main blah je ape yg kau takutkan. dh terang mmg kau salah. nk lari mana pn tak guna
Quote mejaputih 10-3-2020 08:32 AM
Pg td kqt plus hiway ada bmw hitam yg dh kemek belakang sket drive secara melulu masuk dari simpang smpi iols hon sbb sikit lg nk kena kete iols...ntah2 kete sama kot
Quote Ladybird910 10-3-2020 08:40 AM
epal21 replied at 10-3-2020 07:42 AM
Kesiannya. Rider ni semua ada dilindungi insurans ke?

Yup.
Ade insurance..tp bpe sen je dia dpt bbanding kena duduk rumah xle keje..semoga dpt claim socso etc

Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote taji2906 10-3-2020 08:42 AM
selalu jmp hanat mcmni. last2 minute tupp terus je tukar lane nk masuk simpang. super ring betul la. ada plak yg dah terlajak simpang. boleh terus slow keter n berenti kat tepi jalan. dah la kat hiway keter laju2. relax plak dia reverse. apa kebabian la. ko jalan je la straight masuk next exit. keter mahal xkan xde hp mahal? waze xde ke?
Quote haruslah 10-3-2020 08:48 AM
so dah dpt trace no ke belum
kemon bawang malaysia

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.195761 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top