|
Momen yang sedih tapi agak melucukan? Menerusi video berdurasi 0:23 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Dxnots berkongsi video bersama rakan-rakan sedang menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran. Remaja ini kemudian meniup lilin tersebut sementara rakan-rakan yang lain menyembur spray party ke arahnya. Tanpa disangka-sangka api mula menyambar ke arahnya sebaik sahaja beliau menundukkan kepalanya untuk meniup lilin .
Namun begitu, beliau bersyukur kerana sedikit sahaja rambutnya rosak. 'Lubang' sikit je. Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara mereka yang turut mengucapkan selamat hari jadi serta mendoakan kesembuhan buat remaja ini. Hadiah simulasi melihat neraka Macam Kungfu Hustle Spray Party tu memang mudah terbakar. Semoga jadi pengajaran buat semua. Malang tak berbau. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040589 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.