Katanya hanya seorang sahaja dalan senarai Jemaah Menteri yang baharu ini yang mampu menggalas tanggungjawab serta amanah, itu yang dikatakan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad.
Memetik laporan Malaysiagazette, beliau berpendapat hanya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang amanah. “Mungkin seorang sahaja yang memenuhi tuntutan ayat 26 surah Al-Qasas tadi; Menteri Hal Ehwal Agama. “Semoga Dr. akan diberi ruang untuk melaksana kebaikan serta mengongkong golongan pelampau agama dan kaum. Islam Rahmat pada semua,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.
Selain Dr Zulkifli, kata Khalid lagi semua menteri kabinet adalah geng khianat. “Tiada langsung yang menampakkan sifat “Kuat dan Amanah” seperti tuntutan ayat tersebut. Mungkin ayat tersebut hanya sebagai hiasan,” katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT