|
Kembali memegang jawatan sebagai menteri, Khairy Jamaluddin dilihat membuatkan para penyokongnya tertanya-tanya dengan imej yang dipaparkan menerusi Instagram.
Khairy memuat naik dua keping gambar menerusi Insta Stories yang memaparkan dua imej berbeza iaitu rambut panjang yang tidak terurus, dan gambar kedua menunjukkan imej yang lebih kemas. Seperti menunjukkan situasi sebelum dan selepas, ramai percaya ia ada kaitan dengan pelantikannya sebagai menteri dalam Kabinet yang baharu. Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah dengan kemunculan semula Khairy sebagai menteri yang turut dikenali dengan panggilan Abah itu. Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barian baharu kerajaan. Ini termasuklah Khairy yang dilantik sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi. - CARI
|


kakyungpilah85: Sila laa inaikan balik rambut tu dah trim misai dan janggut tu
kakyungpilah85 replied at 10-3-2020 07:10 PM
Sila laa inaikan balik rambut tu dah trim misai dan janggut tu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.199445 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.