CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salon Di Melawati Mall Ditutup Sementara Lepas Pengunjung Positif COVID-19

11-3-2020 09:46 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6503| Komen: 21|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Sebuah salon di pusat beli-belah Melawati Mall di Kuala Lumpur terpaksa ditutup selepas salah seorang pengunjungnya didapati positif COVID-19.

Pengurusannya melalui satu kenyataan dalam Facebook memaklumkanbahawa penutupan sementara itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sehingga satu tarikh yang belum ditentukan.

Pada 10 Mac, seorang penyewa yang menjalankan perniagaan salon memaklumkan pengurusan Melawati Mall bahawa pesakit COVID-19 itu mengunjungi premis mereka pada 2 Mac lalu.

Langkah seterusnya yang diambil adalah melakukan pembersihan dan sanitasi rapi di dalam premis penyewa terbabit dan kawasan sekitarnya mengikut garis panduan yang diberikan pihak berkuasa kesihatan.

"Kami telah meningkatkan pembersihan dan menyah kuman kawasan awam di dalam pusat beli-belah ini termasuk lif dan tandas," jelas pengurusan Melawati Mall.



Loading FB Post...

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang keadaan pesakit yang dijangkiti COVID-19 itu.



Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 129 kes COVID-19 dikesan di Malaysia setakat 10 Mac.

Daripada jumlah itu, seramai 104 orang masih dirawat manakala 25 orang telah sembuh dan keluar dari hospital.

Kesemua 12 kes baharu pada 10 Mac merupakan kontak rapat kepada kes kluster iaitu pesakit ke-33.



Teruskan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan COVID-19 di negara ini. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 11-3-2020 10:09 AM
Kat ig ade iklan org buat sanitize umah rm299.
Selain yg jual sanitizer sana sini taktau apa kandungan bahan.
Quote husna_amal 11-3-2020 11:00 AM
Makin parah sekarang ni. Semoga kita dijauhi segala macam penyakit.
Quote kechikchomel 11-3-2020 11:05 AM
budak yg mak iolss jaga kena kuarantin. baru je kuarantin dis week. colleague mak dia baru balik Bahrain kot, ada simptom Covid-19. buat keje dari rumah je la.

ktorang buat masa ni ok lagi
Quote Artemesiaa 11-3-2020 11:08 AM
Makin banyak tempat terjejas nampaknya.  EPF Jalan Raja Laut pun sama di tutup sama kes macam di Melawati Mall
Quote Kurex 11-3-2020 11:09 AM
risaunya...........
Quote BicaraHatiku 11-3-2020 11:10 AM

Basuk tangan kerap sikit dan makan multivitamins...tak payah bersalam-salaman.

Quote mizruncing 11-3-2020 11:12 AM
dh tau tak sihat jgn la kuar rumah. bila komen mcm ni kt fb ade yg kecam ckp mana nk tau positif covid tu. kan dlm masa 14 hari la ape laa. masalahnyaa klu kau konfirm positif dh tentu la kau ade simptom mcm batuk selsema bagai kan. so dh tau batuk sikit sekali pn jgn la pegi tmpt ramai org ni sejenis suka lepak sane sini dh tau tmpt ramai org lagi nk menyemak dlm tu dgn bawak penyakit dh kena kt org lain
Quote Ina8895 11-3-2020 11:14 AM
Yang kena tutup saloon tu je kan. Selamat tak nak pegi melawati mall?
Quote dekmieDandy 11-3-2020 11:32 AM
Ina8895 replied at 11-3-2020 03:14 AM
Yang kena tutup saloon tu je kan. Selamat tak nak pegi melawati mall?

risiko sendiri sis, memang saloon je tutup

tapi sebelum pergi saloon tu buatnye dia window shopping berjenis-jenis kedai, naik lif, naik escalator tu semua kena consider jugak
Quote Boomibulat 11-3-2020 11:33 AM
Ina8895 replied at 11-3-2020 11:14 AM
Yang kena tutup saloon tu je kan. Selamat tak nak pegi melawati mall?

Lebih baik jgn pgi dulu..i x suka pgi sbb Mall tu mcm suram je cahaya dia..bulan ni KL East Mall nak buka..ke dh buka..?
Quote yayasbs 11-3-2020 12:00 PM
weyyy mcm mana ni smlm baru aku g melawati mall..matilaaaaa
Quote makton 11-3-2020 12:00 PM
MM tu mcm mytown je design dalam dia. lampu2 suram mcm rumah hantu
Quote bungamelurindah 11-3-2020 12:07 PM
alaaa baru nak g hari nie, tak jadi laaa ggggg
Quote Ina8895 11-3-2020 12:53 PM
yayasbs replied at 11-3-2020 12:00 PM
weyyy mcm mana ni smlm baru aku g melawati mall..matilaaaaa

Omg. Dah check ngan dokter ke sis?
Quote BicaraHatiku 11-3-2020 12:54 PM
yayasbs replied at 11-3-2020 12:00 PM
weyyy mcm mana ni smlm baru aku g melawati mall..matilaaaaa

ambik multivitamin dan vitamin C sis... tingkatkan imunisasi.

Quote yayasbs 11-3-2020 03:43 PM
Ina8895 replied at 11-3-2020 12:53 PM
Omg. Dah check ngan dokter ke sis?

blm sbb smlm baru pg lpstu tgk dlm siakap keli salon kat situ ada virus..ni dok risau ni..
Quote yayasbs 11-3-2020 03:44 PM
BicaraHatiku replied at 11-3-2020 12:54 PM
ambik multivitamin dan vitamin C sis... tingkatkan imunisasi.

balik nanti nk kena singgah farmasi..takutnya sbb kita ada pegang tangga eskulator..risauuu
Quote Ladybird910 12-3-2020 09:01 AM
Yg ni blh announce.yg hotel semua affected masa gelombang pertama xannounce pon smpi skg
Quote Kuasaberganda 12-3-2020 09:41 AM
scary eh. area sini semua dah mcm xsave. ampang point pon sama.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037926 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top