Mungkin tidak tahan dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini, Aliff Syukri mengumumkan akan melancarkan single terbarunya. Menerusi Instagram usahawan itu, Datuk Seri Aliff Syukri memklumkan lagu berkenaan menceritakan perasaannya sepanjang difitnah dan dikecam hebat oleh masyarakat. "Inilah perasaan saya ketika ini. "Ketika saya difitnah, saya terdiam bukan sebab bersalah, tetapi biar pihak berkuasa menjalankan tugas. "Kalau bukan salah saya, biarkan korang tanggung nanti," tulisnya. Aliff bagaimanapun bersedia memaafkan semua pihak yang yang telah melemparkan kecaman melampau terhadapnya selama ini. Katanya, single terbarunya itu akan dilancarkan Jumaat atau selewat-lewatnya Isnin depan. Pun begitu, rata-rata Warganet menyifatkan lagu berkenaan seolah-olah dinyanyikan kanak-kanak. Apa kata anda? - CARI
|
noor2 replied at 11-3-2020 11:52 AM
Konon2 nak tiru Billie eilish ke apa dia ni. ...
ADVERTISEMENT