Isteri kepada Dai Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu.
Erin berkongsikan pengalamannya bermalam dua hari di lokap. Dia menyifatkan ianya seperti berada di neraka dunia. Menurut Erin baru-baru ini, suasana di dalam lokap seolah menjadi gambaran kepada kehidupan di akhirat kelak sehingga membuatkan dia lebih takut untuk melakukan dosa. Erin mengatakan keadaan di dalam lokap sangat panas dan mereka yang berada di situ tidak bila waktu siang atau malam. "Panas macam dalam ketuhar peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin, tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berbogel sebab panas dan makan minum berak kencing semua dalam tu je. Jadi tak ada perasaan malu dah. "Betullah cerita bila di padang mashyar, semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri je semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takut dengan dosa sendiri je masa tu. "Samalah dalam lokap tu, menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari neraka dunia tu untuk dibawa ke syurga," tulisnya. Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jika mahu berniaga pastikan ianya halal dan sah di sisi undang-undang.
|
ADVERTISEMENT