Kecoh di Twitter dengan ciapan seorang gadis mendakwa rumahnya dipecah masuk seorang lelaki. Katanya, lelaki terbabit masuk ke bilik ibunya dan beronani di atas katil.
Apabila ditanya, lelaki terbabit menjawab dia 'mencari kawan' di rumah itu. Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik apabila dia tidak diapa-apakan lelaki itu. Bimbang mengeruhkan keadaan dan atas desakan keluarga, gadis berkenaan memadam ciapannya itu. Sementara itu, seorang lelaki tampil mendakwa mengenali suspek ketika menyambung pengajian di tempat sama dipercayai di UniKL. Dakwanya, lelaki berkenaan seorang yang pendiam dan lembab serta penakut. Jadi, mustahil rakannya itu berani melakukan perkara sedemikian. Bersama ciapannya, dia sertakan sekali paparan skrin perbualan mereka berhubung perkara itu. Individu terbabit juga meminta pihak berkuasa melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan gadis berkenaan bahawa air mani itu milik suspek. Kes ini mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan warganet. Malah, menurut mereka susah untuk mempercayai kedua-dua pihak. Siapa yang ada bau-bau ikan di sini? - CARI
|
ADVERTISEMENT