CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Jawab Kritikan Doktor Isu Ikan Singgang, Covid 19

11-3-2020 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4982| Komen: 24

Selepas dikritik oleh seorang doktor menerusi laman sosial, wartawan sebuah stesen televisyen tampil mempertahankan diri berhubung isu ikan singgang dan Covid 19. 

Memetik laporan ProjekMM, wartawan berkenaan berkata soalan yang diajukan berkenaan isu tersebut adalah bagi mendapatkan kesahihan agar dapat memberikan maklumat yang tepat. 

“Saya Ali Toupan, wartawan yang bertanya soalan berkenaan.

“Sejak benda ni dah tular di media sosial. Kalau kami media sendiri tidak tahu kesahihannya. Dengan siapa kami perlu rujuk untuk dapatkan penjelasan? Petikan pakar mana yang perlu kami gunakan?” katanya menerusi satu hantaran di Twitter. 

Terdahulu, ada satu laporan berita di sebuah televisyen memaparkan seorang pensyarah mendakwa menu ikan singgang mampu merawat Covid 19. 

Foto: FB

Namun, hal tersebut mendapat kecaman seorang doktor pakar di media sosial yang mendakwa perbuaan tersebut tidak matang. 

“Kenapa perlu tanya pasal singgang di sidang media ketua pengarah kesihtan tentang Covid-19?

“Patutnya soalan macam ini, wartawan sendiri dah tahu jawapan kalau mampu menggunakan akal fikiran. Tidak perlu tanya. Bilalah media kita nak matang,” katanya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 11-3-2020 06:01 PM
Sebut jelah dr rafidah
Quote mbhcsf 11-3-2020 06:57 PM
Edited by mbhcsf at 11-3-2020 07:06 PM

actually kan

melihat dari dua sudut

hampa pun akan tahu bahawa level kewartawanan dalam menulis bhn 2 saintifik  atau medical yakni
scientific journalism and medical journalism  amat amat lemah di Malaysia

makna kata : ade ke akhbar  kite ada kolumnis tetap atau macam  akhbar  the  guardian scientific correspondent?

atau wartawan kita ni secara umumnya apa asas sains atau knowledge based sains yg depa ada dari sekolah menengah sampai SPM / stpm/ yg setara?


so...semua  ni main peranan dalam membentuk soalan depa tanya, dan cara depa lihat sesuatu , menilai sesuatu.


so, bila tak ada asas sains susah nak terang

maka akan ada tajuk yg misleading , yg tak tepat , org cakap lain dia tulis lain , sebab apa pun i tatau - adakah dia segan tanya org yg ditemuramah tu ke ketika tulis buat 2 = faham etc?


so - wartawan ni kena baca banyak - kalau akhbar yg bagus macam kat UK the guardian yg science column etc ,  dia dah well verse atau sedia maklum dengan general scientific knowledge s soal nak tanya sapeeee ekk? soalan singanng lah soalan ramuan itu ini lah - isk depa hmm tak tanya pun...sbb tak relevant ...tapi kita tahu , kita lain padang lain belalang, kan?
so tak pelah....
sebab budaya  timur  suka kaitkan rempah ratus herba dengan ciriciri pengubatan kan , so apa yg wartawan tu kena improve his general knowledge lah

so....kalau boleh soalan begini patut diajukan kepada

a) pakar diet - depa ni ahli klinikal yg memberi khidmat nasihat professional berkenaan makana dan kesannya pada tubuh badan

b) pakar nutrisi

c) pakar perubatan dalam ( internal health physician)

d) ahli farmakologi - bhgn ethnopharmacology  -

e) pakar perubatan - immunologist - yes you can ask them


just pikiaq nibab makan - sapa professional kesihatan yg deal dengan hal makan makan just google then carilah pakar2 kat malaysia atau tanya org yg berkaitan dengan kementerian sapa yg boleh bagi info?

banyaklah lagi ni antaranya

so , ambillah iktibar ni untuk banyakkan general knowledge

sebba benda ni kritikal benda macam  :  gossip artists yg depa tahu lebih  taj penting pun seriously...


so , Dr  tu pun jgn response macam tu , tau lah itu common sense at your level , watrawan tu bukan  you ...adehhh terangkan lah, kalau tak org kebanyaka akan dok kata macam2 lah , bukan tak tahu...

professional kesihatan mana depa patut ajukan

tapi lebih molek  wartawan kita diberi kursus on scientific  journalism


sebab lemah lah i tengok dari soalan yg ditanya sampai kepada ulasan huraian sesuatu pernyataan  daripada sesuatu pakar...


contoh : pakar tu cakap betul dah

dia pi kata singgang tu penawar , pepandai aje..





Quote Ina8895 11-3-2020 06:59 PM
Berlagak dr pidah ni.
Quote Dwdrum 11-3-2020 07:08 PM
kasihan pensyarah kena di kecam ..sebab reporter letak otak di lutut ... Dr yang comment ini faham kah apa yang cuba di sampai kan oleh pensyarah tersebut ? ....
Quote jetrofa 11-3-2020 09:49 PM
Dr Amelina tak nak bagi sepatah dua kata ke...
Quote lwyl 11-3-2020 10:46 PM
Kenapa ramai yang tak suka Dr. Rafidah? Saya suka baca tweets dia.
Quote im4me 11-3-2020 11:18 PM
setiap isu pasti ada pakar ikat tepi....betul tak?
Quote Kenabertaubat 11-3-2020 11:27 PM
Ikan singgang cicah budu, ikan rebus goreng, ulam kacang botol. Marvellous
Quote barfi 12-3-2020 01:05 AM
lwyl: Kenapa ramai yang tak suka Dr. Rafidah? Saya suka baca tweets dia.

Dr Rafidah ni la kan yg kata tak payah pantang. Ke prof imelda. Dua2 ni org tak suka
Quote CatMiow 12-3-2020 09:15 AM
mbhcsf:    Edited by mbhcsf at 11-3-2020 07:06 PM  maka akan ada tajuk yg misleading , yg tak tepat , org cakap lain dia tulis lain , sebab apa pun i tatau - adakah dia segan tanya org yg ditemuramah tu ke ketika tulis buat 2 = faham etc?


Memang wartawan ada masanya suka tajuk misleading. Kalau wartawan online,  nak orang klik link dia.

Tak mustahil juga dorang interview lain,  nanti di tulis lain.
Quote kakanne 12-3-2020 09:21 AM
dulu2 respek juga dgn reporters. mcm bagus je. bila dah tgk sendiri cara depa bekerja esp di pc ..krik krik ..senyap sunyi x tanya soalan. hasilnya laporan sebijik mcm dlm pr je.hmmm
Quote husna_amal 12-3-2020 09:31 AM
lunch nanti menu ikan singgang je lah...
Quote Kuasaberganda 12-3-2020 09:37 AM
makan la apa sskali pon janji halal bersih dan thoiyyiban insyaAllah di sihatkan tubuh bdn dan jgn lupa bismillah.
Quote gam_gajah 12-3-2020 09:38 AM
barfi replied at 12-3-2020 01:05 AM
Dr Rafidah ni la kan yg kata tak payah pantang. Ke prof imelda. Dua2 ni org tak suka

Tambah sorg lagi Dr eksyen, dr rusyainie. Yg ni pakar pun bukan, lebih sudu dari kuah je klu mengomen
Quote gam_gajah 12-3-2020 09:40 AM
jetrofa replied at 11-3-2020 09:49 PM
Dr Amelina tak nak bagi sepatah dua kata ke...

Ada dia komen kat twitter. Sgt berhemah penulisan dia, berbeza sgt dgn Dr pidah ni. Elok tersusun lagi ye BM dia, kagum i. Dr pidah ni nmpk beno kuat meroyan, camna la dgn staf dia
Quote adeqbun 12-3-2020 11:00 AM
geng2  doc ni diam xnak berkutik sgt lepas covid19 ni tersebar luas..dlu siap compare mcm2 ngan denggi la ngan smoker la ngan accident rate la....
Quote MayaDelaRosa 12-3-2020 11:19 AM
barfi replied at 12-3-2020 01:05 AM
Dr Rafidah ni la kan yg kata tak payah pantang. Ke prof imelda. Dua2 ni org tak suka

Prof imelda
Quote cikjasmine19 12-3-2020 12:28 PM
Bagi saya, tiada istilah soalan bodoh. Covit 19 ni pun sesuatu yang baru bagi orang ramai. So, memang ramai yang nak tahu penawarnya, secara saintifik mahu pun secara tradisional.

Dalam kes ini, jelas betapa adab itu lebih penting mengatasi ilmu. Doktor pakar itu boleh je jawab,.. "Maaf, setakat ini tiada penemuan secara saintifik yang dibuat untuk mengesahkan yg makanan singgang boleh mengatasi Covit 19 bla, bla, bla… "...tak perlulah nak memperbodohkan orang or make people looks stupid..menjaga air muka orang lain itu pun satu adab yang mulia..dan satu etika kedoktoran yang baik. Malah dituntut dlm agama.

To me.. doktor pakar ke, pakar IT ke..or whatever pakar… harus ada etika/adab berkomunikasi..
Quote Ladybird910 12-3-2020 01:09 PM
lwyl replied at 11-3-2020 10:46 PM
Kenapa ramai yang tak suka Dr. Rafidah? Saya suka baca tweets dia.

Sebab dorg bukan the so called dr rafidah.kekekke

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.259016 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top