Kebebasan bersuara di media sosial terutamanya diharapkan dapat diteruskan dan tidak pula disekan oleh pihak kerajaan yang baharu ini. Hal tersebut disuarakan oleh Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.
Memetik laporan ProjekMM, Papagomo berkata beliau akan menghubungi menteri yang berkenaaan untuk meluahkan perkara tersebut, dan ini termasuklah sekatan terhadap penggunaan panggilan video di Facebook. “Minggu depan saya nak telefon menteri supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) lepaskan sekatan panggilan video Facebook. Loading FB Post...
“Kita kena beri kebebasan bersuara kepada rakyat. Jangan ulang kesilapan sama macam rejim Pakatan Harapan (PH) buat sebelum ini,” katanya. Sebelum ini Papagomo diketahui sememangnya gemar membuat panggilan video di laman sosial bagi mengupas pelbagai isu politik terutamanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT