Walaupun puasa belum bermula tetapi ada yang sudah membuat persiapan raya. Pastinya yang paling dicari ialah baju raya. Tetapi, bayangkan trend baju kurung 2020 adalah dari corak berbeza dan juga 'colour block'! Pengsan atau trend semasa? Itulah yang dibawakan oleh butik ini dengan menggandingkan padanan berlainan antara baju dengan kain yang berbeza corak dan warna. Lebih menyerlah ialah kedua-dua warna sangat jauh berbeza atau kata mudahnya caca marba. Namun, disebabkan yang memakainya adalah kategori model dengan tinggi lampai serta wajah yang sedap memandang, ia terlihat cantik terletak. Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pemilik butik tersebut kerana mereka yang bukan model pun turut menyarung busana tersebut. Selain itu, ada juga yang menambah kenapa perlu membeli dengan harga mahal hampir RM200 jika ianya boleh didapati dengan 'mix & match' baju sendiri sahaja. Pelbagai versi diutarakan oleh warganet, ada yang bersetuju dan juga membangkang dengan hujah masing-masing. Apa pun, jika anda berani, boleh sahaja menggayakannya. Jadi, sama-sama kita nantikan fesyen di hari raya nanti. Atau ada fesyen yang lebih berani nanti? - CARI |
NekNgah replied at 12-3-2020 11:53 AM
Ngah tahu IG boutique ni, siap follow lagi. Berkira-kira nak beli tapi bila fikir balik macam fashi ...
ADVERTISEMENT