"Ada perkara yang masih belum diselesaikan." Ramai memberi harapan tinggi berikutan pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk selebriti.
Tidak terkecuali, Pencetus Ummah (PU) Amin berharap agar dengan pelantikan itu, ia dapat menyelesaikan kemelut membabitkan usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang semakin berani mempersendakan agama. "Moga ada jawapan dan tindakan sewajarnya tentang hal ini. Ayuh kita bantu Menteri Agama kita supaya yang kotor dapat dibersihkan, yang benar ditunjukkan dan yang salah diambil pengajaran," tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, Yatt Hamzah juga meluahkan rasa syukur di IG di atas pelantikan Seri Dr Zulkifli itu. Mungkinkah pelantikan ini dapat buat Sajat dan rakan-rakan tersungkur? - CARI
|
Nenasketum replied at 12-3-2020 12:58 PM
Bukan Sajad jer, terlampau ramai Melayu Islam dah terikut trend & berlumba nak jadi ikon lgbt. Si bi ...
husna_amal replied at 12-3-2020 02:51 PM
Harap kerajaan dapat cari jalan banteras permasalahan lgbt ni. Makin berkembang pulak komuniti ni pa ...
Austranesia replied at 12-3-2020 06:26 PM
kalau ikut pengalaman i.orang yang beria ria mencela bapok ni sama ada gay cover.atau penah diliwat ...
ADVERTISEMENT