CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imigresen Terus Gempur Pati

16-10-2013 12:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9161| Komen: 58


Imigresen terus gempur Pati Antara warga asing yang ditahan.

JOHOR BAHRU - Seramai 80 warga asing diperiksa dalam Ops Sepadu 6P yang dilakukan Jabatan Imigresen Johor di rumah kongsi terletak Kampung Tiram Duku, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Daripada jumlah itu, seramai 34 orang terdiri daripada warga Indonesia, Pakistan, Myanmar dan Bangladesh ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 1.30 pagi.

Ketua Penyelaras Ops Sepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, dalam operasi berkenaan, ianya disertai oleh 61 anggota dan pegawai terdiri daripada Jabatan Imigresen, Ikatan Relawatan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Jumlah tangkapan yang dibuat adalah 28 warga Indonesia, dua warga Pakistan, tiga warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

“Kesemuanya berusia lingkungan tiga hingga 48 tahun. Kesalahan yang mereka lakukan adalah tinggal lebih masa di negara ini dan tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat warga asing yang bertindak cuba untuk melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan sehingga terjatuh.

“Bagaimanapun, mereka yang tercedera ini mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan mereka dibenarkan keluar dari hospital.

“Ada juga di antara mereka yang bersembunyi di dalam semak samun, terjun ke dalam parit selain bersembunyi di bawah lantai rumah kongsi terbabit,” katanya.

Katanya, kesemua warga asing terbabit ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Seksyen 6(1)(c) Akta yang sama (tiada dokumen perjalanan).

Masri memberitahu kesemua warga asing terbabit kemudiannya dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.

Beliau turut memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan yang tegas ke atas majikan yang didapati mengajikan warga asing tanpa pas dan permit.

“Ops 6P ini akan dipergiatkan lagi sehingga bulan Disember ini,” katanya.

14

Bagus
19

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anakdesa 16-10-2013 05:07 AM
Daripada jumlah itu, seramai 34 orang terdiri daripada warga Indonesia, Pakistan, Myanmar dan Bangladesh ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 1.30 pagi.


Chinadoll mana pergi....? Selalu depa yg suka buat kerja waktu pagi2 ni....
Quote Anakdesa 16-10-2013 05:29 AM
Cerita pasal Zahid... teringat iklan 'Ubat Gigi'.....
Quote freebird 16-10-2013 07:23 AM
bila dah jadi menteri, sanak saudara di kampung halaman di lupakan begitu sahaja,,,,,
Quote Acong 16-10-2013 07:29 AM
freebird posted on 16-10-2013 07:23 AM
bila dah jadi menteri, sanak saudara di kampung halaman di lupakan begitu sahaja,,,,,

sanak saudara dibiarkan diburu macam babi2 di hutan......
Quote Simunggu 16-10-2013 07:30 AM
di Sabah pun..ramai PATI sudah meresap jadi warganegara.... kebanyakannya datang dari Indon...bugis..... Itu suluk dari palipin sikit shj tu...ramai bugis di Sabah kayo kayo.......kelapa sawit semua dia org kontrol.....anak anak mereka berpelajaran tinggi pula tu....

satu pasal bugis ini....mereka suka kahwin campur...walau bagaimana pun adat dan asal usul bugis tu tak akan dibuang dari anak anak mereka.... Last edited by Simunggu on 16-10-2013 07:33 AM

Quote nexusys 16-10-2013 07:59 AM
Bagi aku la kan.. bukan kacang lupa kulit babi ka hapa, nak keja kat mesia, ikut ler saluran betul... tak ikut jalan betul, kena kantoi, jangan salahkan orang... samada menggunakan derang utk pembinaan ke dak, tu tolak tepi,.. kalo PATI ada visa bekerja, takde der nak risau2 kena cekup....

simple kan?
Quote undark 16-10-2013 08:52 AM
yg bg kerja kat PATI camne pulak? takde pulak kena cekup cam PATI tuh?
Quote Acong 16-10-2013 09:05 AM
undark posted on 16-10-2013 08:52 AM
yg bg kerja kat PATI camne pulak? takde pulak kena cekup cam PATI tuh?

kawan aku pernah kena saman......
Quote maja07 16-10-2013 09:31 AM
Kena ikut saluran yang betul. Baru asa hasil kat negara..
Quote AraBellaJuan87 17-10-2013 01:19 PM
Simunggu posted on 16-10-2013 07:30 AM
di Sabah pun..ramai PATI sudah meresap jadi warganegara.... kebanyakannya datang dari Indon...bugis. ...

WAAAAu~
Bagusnya ko ni..
BUGIS SABAH jak ko tau jadi warganegara?
BUGIS JOHOR ko tau apa cerita?

KO bangsa apa? bajau?

Quote perang_candu 17-10-2013 01:21 PM
Acong posted on 16-10-2013 09:05 AM
kawan aku pernah kena saman......

Kawan ko tu pon cina..? suka betol ambek pati.

Quote Peterpan17 17-10-2013 01:25 PM
AraBellaJuan87 posted on 17-10-2013 01:19 PM
WAAAAu~
Bagusnya ko ni..
BUGIS SABAH jak ko tau jadi warganegara?

Dia suluk yg mengaku Melayu Brunei. hehehehe!!
Quote AraBellaJuan87 17-10-2013 01:28 PM
Peterpan17 posted on 17-10-2013 01:25 PM
Dia suluk yg mengaku Melayu Brunei. hehehehe!!

Ndaklah.. Agak2 la bah statement mu bos~

ramai PATI sudah meresap jadi warganegara.... kebanyakannya datang dari Indon...bugis..... Itu suluk dari palipin sikit shj tu

Wuinaaa~ Kalau SULUK pun dia hatta dari LONDON pun, pendatang juga namanya klau bukan asal MALAYSIA ni.
Mcm mna yang mmg lahir sini? Salahkan BUGIS plak rmai PTI di Sabah.
Quote Peterpan17 17-10-2013 01:31 PM
AraBellaJuan87 posted on 17-10-2013 01:28 PM
Ndaklah.. Agak2 la bah statement mu bos~

paluikan. Pendatang pilipin sedikit dia bilang. Klu bukan budus, in denial mode psl mgkn dia salah satu yg dtg naik speed bot dr tawi tawi

Si Chazey berdebat sama dia, terkeluar rahsia rupanya suluk gaman ni
Quote AraBellaJuan87 17-10-2013 01:39 PM
Peterpan17 posted on 17-10-2013 01:31 PM
paluikan. Pendatang pilipin sedikit dia bilang. Klu bukan budus, in denial mode psl mgkn dia salah ...


Iya. Sikit jugak ku rasa.
Paduli lah sana klau kamu ramai pun. Janji sah taraf.
Ndak jugak betapok2 klau tiba2 checking.
Sama2 cri makan bah kan. Bumi TUHAN ni luas.
Nda puas hati aku tiba2 PATI BUGIS plak ramai d SABAH.

HAHAHAHAHAHA~
Emo plak aku tiba2 ni pok. Bagus aku p solat dlu.
Menunggu aku jawapan tu PURE MALAYSIAN tu.
Pffffttt~

Quote Peterpan17 17-10-2013 01:43 PM
AraBellaJuan87 posted on 17-10-2013 01:39 PM
Iya. Sikit jugak ku rasa.
Paduli lah sana klau kamu ramai pun. Janji sah taraf.
Ndak ju ...

Sabar ko bos. Minum air sejuk byk2 lepas solat. Tunggu tu gaman kita menjawab
Quote LaksamanaSunan 17-10-2013 02:07 PM
Dah jd thread amukan Bugis dah.
Quote Simunggu 17-10-2013 02:19 PM
AraBellaJuan87 posted on 17-10-2013 01:19 PM
WAAAAu~
Bagusnya ko ni..
BUGIS SABAH jak ko tau jadi warganegara?

jangan marah bah...aku cakap yg betul tu...tak tipu punya...
Quote AraBellaJuan87 17-10-2013 02:24 PM
Simunggu posted on 17-10-2013 02:19 PM
jangan marah bah...aku cakap yg betul tu...tak tipu punya...

Kerja imigresen ka ko bos?
Tau ko statistik bangsa pendatang ni?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051354 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top