CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Berkurang, Beratus Monyet Kebulur Berebut Sebiji Pisang

12-3-2020 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8432| Komen: 49

Gara-gara Covid-19, Thailand juga dilihat sepi tanpa pelancong.

Apa yang mengejutkan adalah kehadiran beratus-ratus ekor monyet di daerah Lopburi di tengah-tengah negara itu.


Kredit foto: The Sun

Memetik The Sun, sebuah klip video menunjukkan kumpulan haiwan berkenaan berebutkan sebiji pisang.

Walaupun sudah biasa diserbu monyet, penduduk tempatan tetap terkejut dengan insiden luar biasa itu.


Kredit foto: The Sun

Saksi di tempat kejadian, Sasaluk Rattanachai yang merakam kejadian itu dari luar kedainya berkata, "Mereka kelihatan seperti anjing liar berbanding monyet.


"Mereka mengganas hanya demi sebiji pisang. Saya tak pernah melihat mereka seagresif ini.

"Saya rasa mereka kebuluran kerana kebiasaannya ada banyak pelancong yang akan memberi mereka makanan, tetapi kini tidak lagi kerana pandemik itu," kata wanita berkenaan.


Kredit foto: The Sun

Lopburi merupakan habitat kepada ribuan monyet liar yang merayau-rayau di jalan dan bangunan.

Hidupan liar di seluruh dunia menjadi tarikan 35 juta pelancong setiap tahun yang menyumbang kepada 20 peratus kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, jumlah pelancong berkurangan secara mendadak sejak penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Walaupun hanya 59 kes dilaporkan di negara itu, ketibaan pelancong di Thailand menjunam hingga 44 peratus. - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 12-3-2020 02:33 PM
buat mcm australia.  tembak semua kasi mati jika mengancam keselamatan org ramai.  
Quote zulka 12-3-2020 02:47 PM
menakutkan je
Quote JohnnyCastle 12-3-2020 02:49 PM
tobby replied at 12-3-2020 02:33 PM
buat mcm australia.  tembak semua kasi mati jika mengancam keselamatan org ramai.

adakah monyet2 itu akan berevolusi bro tobby? wakakakakakakakakkakakakakaka
Quote Boomibulat 12-3-2020 02:49 PM
Pisang Thai besar ke kecik..klu besar kongsi je ramai2..
Quote supernaturalee 12-3-2020 02:52 PM
haiyooo
silap hr bln org plk yg dikerumunnya
just imagine, tgh bwk motor tgh2 jln tu
tiba2 terlanggar sekor dan org tu plk terjatuh dr motor

Quote ais_kosong 12-3-2020 02:53 PM
Kesiannya tak da makanan. Tapi banyak2 mcm tu jadi seram pulak
Quote JunkMail 12-3-2020 02:56 PM
Rise of the planet of the apes
Quote reenz013 12-3-2020 02:56 PM
seriau je tgk...huhu
Quote Beribear 12-3-2020 02:57 PM
Ohh patut lah tak boleh bg haiwan makan atau tolong dorg ketika dorg jd makanan pemangsa lain, nti jd mcm ni. Mesti semua dah tak tahu cara nak cari makan dlm hutan. Ke hutan dah takde? Ataupon dorg pemalas?
Quote husna_amal 12-3-2020 02:57 PM
harap2 kat batu cave tak jadi macam ni jugak.
Quote mizruncing 12-3-2020 03:03 PM
scary plak tgk. tak serang manusia ke? tgk yg lalu situ pn mcm dah biasa
Quote maitang 12-3-2020 03:04 PM
kesiannya... make sense juga haiwan luar kena hidup dengan cara sendiri...
Quote rrgal 12-3-2020 03:11 PM
Menakutkan tapi kecian juga
Quote Kurex 12-3-2020 03:23 PM
kesian... kalau dekat china, dorang campak kucing dgn anjing belaan
Quote MsKathryn 12-3-2020 03:28 PM
Kesiannya kebuluran tp menakutkn gak bila dtg byk mcm tu..
Quote LostStar 12-3-2020 03:34 PM
Sedih tengok keadaan mereka.. adoi sebak.. semua terkesan akibat virus kali ni..
Quote akies 12-3-2020 03:38 PM
Kalau banyak begini, kita pun seriau nk dkt
Quote Meiizu 12-3-2020 03:40 PM
takut plak kangg kena gigit monkey ..penyakit lain plak mendapat
Quote merrissa 12-3-2020 03:47 PM
monyet mana yg dpt pisang tu?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067346 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top