|
Anak kecil sinonim dengan mainan. Maka, ibu bapa akan teruja untuk membeli pelbagai jenis mainan untuk mereka. Itu tidak termasuk jika saudara dan kawan-kawan membelikan mainan untuk anak. Nah, sudah pasti rumah akan penuh dengan mainan.
Main pandai, tetapi bab mengemas pasti bikin ibu bapa stres. Aduhai, mainan yang banyak kadangkala tidak sempat dikemas. Lebih parah jika terpijak objek kecil, keras atau tajam. Pasti akan menggangu mood anda. Perkara ini turut diakui seorang ibu yang tertekan kerana mainan anaknya terlampau banyak serta selalu terpijak jika tidak dikemas. Menurut Hanisah Zulkifli, dia akan jadi stres bila anak mula membuat sepah dengan mainannya. Beliau turut memberikan solusi kepada permasalahan tersebut kerana tekanan bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah. Jadi, selepas ini bolehlah ibu dan ayah tidak pening kepala lagi dengan mainan anak yang banyak. Selamat mencuba. Atau anda ada solusi lebih baik untuk dikongsikan? - CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.117747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.