|
Buat masa ini ramai yang percaya dengan kenyataan atau dakwaan cuaca panas boleh membunuh koronavirus (Covid 19). Namun, pakar perunding buah pinggang Dr Rafidah Abdullah tidak bersetuju dan menyanggah pendapat tersebut.
“Cuaca panas tidak membunuh Covid-19. Benda yang tak betul, diperbesarkan. Adakah ini bertanggungjawab,” catatnya di Twitter. Dalam pada itu, Dr Rafidah memberikan pautan terhadap catatan rakannya Dr Amalina Bakri tentang isu berkenaan. Beliau menjelaskan, belum ada lagi kajian sahih yang membuktikan cucaca panas mampu membunuh Covid 19. Selain itu, menerusi satu hantaran lain di Twitter, Dr Rafidah menolak pelawaan pihak Buletin TV3 untuk tampil ke studio berhubung isu Covid 19. "Terima kasih atas pelawaan Buletin TV3, tetapi terima kasih saja," katanya. - CARI
|
TuntungReturn replied at 12-3-2020 05:27 PM
doktor ni dh kawen ke belum?
Bergosip replied at 12-3-2020 05:51 PM
Dekat twitter, tengah hangat isu ni.
Ada geng Dr Rafidah/Dr Amalina dan ada yang geng Prof Dr No ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.111699 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.