Kebimbangan terhadap penularan wabak Covid 19 nampaknya sehingga menyebabkan sesetengah pihak bertindak ganas. Metro UK melaporkan ada yang sanggup mencuri cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer daripada hospital.
Ini kerana kebanyakan kedai yang menjual produk tersebut kehabisan stok buat masa ini dek permintaan terlalu tinggi. Laporan tersebut menyatakan seorang pegawai paramedik, Jayne Walters mendedahkan pencuri mengambil cecair pembasmi kuman itu yang diletakkan pada dinding hospital. Dia berkongsi situasi itu menerusi Facebook dengan menulis, "Ini adalah situasi keadaan ini. Satu botol gel pembasmi kuman ditanggalkan dari dinding bersebelahan unit kanser! Tolong berhenti mencuri gel alkohol! Kami benar-benar memerlukannya."
Dalam pada itu, seorang wakil hospital mendedahkan hand sanitizer itu sememangnya menjadi 'mangsa' curi setiap hari. Malah, ada yang lebih teruk sanggup mencuri botol hand sanitizer itu yang diletakkan di sebelah katil pesakit. "Banyak cecair tangan yang hilang dari katil pesakit kami dan dari meja penyambut tetamu", katanya. - CARI
|
mizruncing replied at 13-3-2020 08:52 AM
mmg ade je orang mcm ni. same case kau pi kfc rembat botol sos cili. nasib skrg dh takde botol
Xim replied at 13-3-2020 09:54 AM
Adoi nostalgia betul...dulu2 kwn2 rembat....hahaha
mizruncing replied at 13-3-2020 11:09 AM
pakcik meols pn
ADVERTISEMENT