CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Bankrap Dan Dipenjara Kerana Pasport Palsu, Ronaldinho Tetap Tersenyum

13-3-2020 10:12 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6238| Komen: 35|Original author: Oleh: natrahn


Berita penangkapan bekas bintang bola sepak dunia Ronaldinho di Paraguay mengejutkan ramai pihak.

Ronaldinho ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas disyaki menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu bersama abang kandung dan pengurusnya.


Kredit foto: Twitter

Ronaldinho bergelar pemain bola sepak profesional sehingga 2015, namun dia kini masih menjadi ikon popular bola sepak global. Kehadiran Ronaldinho di Paraguay dilaporkan adalah atas jemputan seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal.


Mengikut perundangan, rakyat Brazil sebenarnya tidak memerlukan pasport untuk memasuki Paraguay. Tidak dapat dipastikan mengapa Ronaldinho memiliki dokumen palsu tersebut ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan.


Kredit foto: Insertlive

Khabarnya, peluang Ronaldinho untuk kembali ke negara asalnya dilihat semakin tipis kerana mahkamah Paraguay tidak membenarkan ikat jamin dan menolak rayuannya untuk tahanan rumah.

Ronaldinho berkemungkinan terpaksa ditahan di penjara untuk tempoh enam bulan seterusnya atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.

Usai ditahan di penjara Asuncion, gambar-gambar beliau di penjara mula bertebaran di Internet. Maklumlah, pemain bola sepak terkenal, kan.


Kredit foto: Twitter

Agak menyedihkan juga apa bila melihat keadaan penjara negara itu. Macam dalam siri televisyen, Prison Break Musim Ketiga pula.


Kredit foto: Google

Tapi, sempat juga Ronaldinho melayan peminat di sana. Santai saja, kan?


Kredit foto: Twitter 

Apa-apapun, semoga Ronaldinho dibebaskan tidak lama lagi dan terus melemparkan senyuman manisnya itu. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 13-3-2020 10:20 AM
kesian dia ni....
Quote Boomibulat 13-3-2020 10:21 AM
Dulu kaya sampai ada private jet..knp cpt sgt abis duit
btw ok je dok dlm..duk luar bnyk virus
Quote Catpaw 13-3-2020 10:29 AM
Gah suatu masa dulu, sekarang jadi macam ni...


Seronok yg dalam penjara dapat sign dia  
Quote WeAiNe 13-3-2020 10:29 AM
tahi judi ke kena kikis perempuan ke apa benda dia ni sampai muflis gitu sekali
ini bukan kes kekonon muflis tapi harta benda dan siap transfer nama orang lain
ke memang muflis betul betul
Quote naina 13-3-2020 10:34 AM
apa sudah jadi? harta banyak gila kot.
Quote Kurex 13-3-2020 10:39 AM
jgn la ada pemain bola malaysia jadi macam ni. dulu iols minat khalid jamlus..

jadi pompuan garit, jangan kau nak kikis duit sapawi lepas ni!
dah la tak berbakat! takde gred!
Quote Beribear 13-3-2020 10:46 AM
Alaa kesiannyaa. Kalau main fifa 2007 selalu pilih brazil. Sbb suka sgt dgn gaya permainan dia. Pandai tackle bola. Di sebabkan dia dgn ronaldo lah ramai buat gaya nak tavkle bole. Mmg gempak lah. Dia takde manager ke uruskan kewangan? Syg gila lah
Quote tagas 13-3-2020 10:56 AM
legend

hujung2 camnih

enjoy sgt joli katak
Quote EJALTI 13-3-2020 10:58 AM
Dah jatuh miskin ker?
Quote Cassieopeia 13-3-2020 11:02 AM
duit habis berjoli je ke, juta2 tu lesap jd bankrup ye.. btw tu gambar dlm penjara ke? relax je mcm kwsn perumahan je..
Quote Azhargoth 13-3-2020 11:02 AM
Alahai Goofy..dia ni memang sentiasa senyum. Soh TMJ bawak dia dtg sini lah..
Quote mizruncing 13-3-2020 11:52 AM
kesiannyaaa. duit tak habis 7 keturunan last2 jadi macam ni. sian plak tgk dia masuk penjara tu
Quote ina_na 13-3-2020 12:01 PM
Dl minay dia walaupun gigi dia mancung ke depan.. Lgpun x dgr citer buruk Sgt psl dia ni.. Tp knp nak tipu pastport ye.. Rete semua x kan dah abis.. Ruginye
Quote VioletsAre_Blue 13-3-2020 12:10 PM
Ini namanya pandai main bola tapi tak pandai urus duit.. Tengok richarlison muda2 pun dah invest dalam hartanah bagai
Quote helicornia 13-3-2020 03:26 PM
Edited by helicornia at 13-3-2020 03:27 PM

tajuk artikel ni menghanjing n body shaming ronaldinho ke
Quote husna_amal 13-3-2020 03:28 PM
Entah kenapa hidup dia jadi teruk macam ni.
Quote matamata 13-3-2020 03:35 PM
Aku ulang 2 kali baca artikel,  tang mana yg ada kata Ronaldinho tu dah jatuh miskin?
Quote matamata 13-3-2020 03:36 PM
matamata replied at 13-3-2020 03:35 PM
Aku ulang 2 kali baca artikel,  tang mana yg ada kata Ronaldinho tu dah jatuh miskin?

Ko baca artikel tapi lupa baca tajuk...
Quote Adeakukesah11 13-3-2020 03:41 PM
Kurex replied at 13-3-2020 10:39 AM
jgn la ada pemain bola malaysia jadi macam ni. dulu iols minat khalid jamlus..

jadi pompuan garit ...


Khali* ja*lus pun dah muflis kurex wehh

Info yg blh dpercayai sbb ada family terdekat deal ngn dia baru2 ni.. oppss

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.240700 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top