Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah terkini jangkitan koronavirus baharu sudah mencatatkan 428 kes dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ini berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu yang dipercayai berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Justeru, ia menjadikan Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) setakat ini. Tatkala cuti pegawai kesihatan dibekukan kerana COVID-19, masih ada sekumpulan manusia yang masih berdegil nak bercuti ke luar negara padahal tahu di sana banyak kes COVID-19 dan penularannya lebih dasyat. Ini buktinya. Ramai rakyat Malaysia ambil kesempatan atas promosi yang dibuat syarikat penerbangan tambah murah Air Asia dikala COVID-19 sudah jadi pandemik. Warga maya meluahkan rasa kurang senang terhadap golongan ini yang dilihat bersikap agak mementingkan diri. Dalam pada itu, kelab malam juga masih penuh dengan pengunjung, majlis-majlis keramaian masih padat, seminar dan kursus pada skala besar masih dianjur sana-sini, himpunan besar-besaran masih berjalan dan sebagainya. Sebenarnya, kita sendiri perlu peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga akan penularan wabak ini. Elakkan berada di tempat umum yang sesak dan jaga kebersihan diri. Terbaru, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.- CARI |
MadameOnion replied at 17-3-2020 11:52 AM
start dah meroyan merentan kebanyakn bangsa leluhur sbb kena ambik unpaid leave..cprc jadi mangsa... ...
mawar_mustika replied at 17-3-2020 03:54 PM
kalau tgk dlm fb kkm geng2 diorg ni lh yg duk melalak suruh gov istiharkan lockdown...n geng2 dior ...
ADVERTISEMENT