Masih dalam tempoh iddah namun didapati berkhalwat dengan suami orang di rumahnya sendiri. Kejadian berlaku di Padang Terap, semalam apabila seorang wanita didapati berdua-duaan dalam rumah wanita itu pada jam 9.30 pagi dalam satu serbuan dibuat Pejabat Agama Daerah Padang Terap (PADPT), Harian Metro melaporkan.
“Selepas memberi salam, pintu kemudian dibuka dan hasil pemeriksaan menemui pasangan terbabit dalam rumah berkenaan. “Siasatan mendapati, wanita berusia 33 tahun masih dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan suaminya, manakala lelaki berusia 42 tahun itu masih suami orang,” katanya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah. Syeikh Radzi Abdul Mutalib juga berkata pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai seorang anak dan pasangannya juga gagal mengemukakan dokumen membuktikan suami isteri. “Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk tindakan lanjut. “Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan tanpa mahram atau ikatan suami isteri sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai. “Sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi. - CARI
|
shernazz replied at 13-3-2020 02:50 PM
Nak tanya la
Kalaunkes mcm ni
Suami orang tu kena tangkap basah..
JohnnyCastle replied at 13-3-2020 02:56 PM
kalau dia mengaku salah masa kena dakwa dengan pendakwa raya kena hukum denda dengan hakim bayaq l ...
shernazz replied at 13-3-2020 02:50 PM
Nak tanya la
Kalaunkes mcm ni
Suami orang tu kena tangkap basah..
shernazz replied at 13-3-2020 03:02 PM
Ooo
Amboi amboi..
Gelak saja hang kan
fifie_olin replied at 13-3-2020 03:08 PM
sbb cerai ada affair la ni
ADVERTISEMENT