CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Terpaksa Batalkan Percutian RM150,000 Kerana Covid 19, Aeril Zafrel Minta Pendapat Peminat

14-3-2020 09:00 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 21935| Komen: 180|Original author: Straya

Kredit foto: mStar

Siapa yang tak kenal pelakon kacak, Aeril Zafrel dan isterinya yang juga pelakon Wawa Zainal. Mereka dikenali sebagai pasangan yang romantik dan sering memuat naik video masing-masing dan keluarga di media sosial. Hampir setiap tahun, Aeril dan Wawa akan bercuti ke luar negara bersama anak-anak mereka. 

Tahun ini, disebabkan wabak Covid 19 yang tengah melanda di seluruh dunia, ramai yang telah membatalkan percutian mereka dan memilih untuk berada di dalam negara sahaja.

Baru-baru ni, Aeril Zafrel telah memuat naik status di Instagram mengenai dilemma sama ada untuk meneruskan percutian di Eropah yang telah diatur oleh agensi pelancongan atau dibatalkan. 

"Saya, isteri dan kumpulan sepatutnya pergi ke Eropah Ahad ni tapi pihak agensi kata tak boleh tunda atau dapat pulangan wang balik sebab kami pergi dalam kumpulan. Jadi kena pergi jugak, airline tak bagi tukar tarikh katanya. Menang tak boleh tukar tarikh ke kalau syarikat penerbangan ni? Macam mana ya? Kalau tak pergi pulak, mau kena hilang dalam RM150,000", tulis Aeril.


Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Di ruangan komen, ramai pengikut Aeril Zafrel menasihatinya supaya membatalkan sahaja rancangan untuk bercuti kerana kesihatan dan nyawa adalah jauh lebih penting daripada duit. Seorang pengikut menulis "sesetengah tempat di Eropah berada di dalam keadaan lockdown (berkurung) dan di Itali, beratus kematian dilaporkan dalam masa 24 jam. Tolonglah jangan pergi".

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Aeril memberitahu pengikut Instagramnya yang dia telah meminta syarikat pelancongan itu menangguhkan percutian sejak minggu lepas tetapi mereka berkeras mengatakan tidak boleh dibatalkan terutama tiket penerbangan. 

Pelik juga kalau syarikat pelancongan kata tiket penerbangan tidak boleh dibatal atau ditangguhkan. Pengalaman penulis sendiri yang sepatutnya pergi ke Singapura pada Februari lepas tetapi dibenarkan oleh syarikat penerbangan untuk menunda tarikh ke hujung tahun. Penginapan hotel juga telah dibatalkan tanpa dikenakan apa-apa denda.

Jumlah RM150,000 adalah besar. Syarikat pelancongan itu mungkin mengambil kesempatan dan sepatutnya tidak bertindak melepas tangan. Aeril Zafrel harus cuba menghubungi sendiri pihak penerbangan dan hotel untuk membuat pembatalan atau menunda tarikh percutian mereka. Kalau tak semua,mungkin sebahagian daripada jumlah RM150,000 itu boleh diperoleh balik. Apa pendapat orang lain? - CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • paiayam

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 14-3-2020 09:18 AM
Kalau dia batal aku respect. Please your life is more precious.
Quote Tinot7 14-3-2020 09:20 AM
Baper ramai dlm kumpulan ni sampai banje 150k pi oberseas ni? Byknya duit korang...
Itali lockdown. Pi sana tak?
Takat europe tu, lengkali buat stail bajet je la.. takde la sakit bila kena kensel.
Quote Nana_Man 14-3-2020 09:31 AM
Dia nk pegi ngan anak2 kan?
Kalau dia gi, aku cop dia BONGOK. Kalau tak pegi, respect jgk lah. Well 150k bkn bnyk mana pun untk dia.
Quote ReginaGeorge 14-3-2020 09:34 AM
Nak pegi, chances dpt corona 100%.
Pergi je lah, dah kau sayang sangat duit tuh..
Quote wadiunong 14-3-2020 09:36 AM
Tapi Acik Rita & penjilat cakap kalau nak mati kat mana2 pon boleh. So Aeril pegi je la. Duduk kt rumah pon boleh mati gak
Quote hasniey 14-3-2020 09:37 AM
Kata jutawan.xkan la demi sygkan duit sanggup nak prtaruhkan nyawa anak2.yg kecik baby lg kann
Quote wadiunong 14-3-2020 09:39 AM
Tinot7 replied at 14-3-2020 09:20 AM
Baper ramai dlm kumpulan ni sampai banje 150k pi oberseas ni? Byknya duit korang...
Itali lockdown. ...

Mmg mahal uols sbb duit kita rendah. Average per pax around rm10k. Sesapa yg claim pnh pegi Europe rega rm5k ke bawah tu mmg auta atau iols rasa dia tido gelandangan or menumpang rumah sedara/kawan2
Quote L_Z 14-3-2020 09:42 AM
Duwit banyak.  Patutnya ko upgrade Kan anak ko attar Tu ja bagi improve bercakap..membaca..bagi vitamin ..potong rambut bagi la nampak anak org jutawan..
Ni npak muka mengalahkan anak pendatang Philippines Sandakan ja
Quote CiliPadiSedap 14-3-2020 09:49 AM
150k banyak tu, mai kaka cadangkan, tukar nama kaka vokuru
Quote Boomibulat 14-3-2020 09:55 AM
Netizen ni pun..dia bkn nak  tanya pendapat korang..dia nk bgtau hrga vacation tu sbnarnya..
Quote bambimo 14-3-2020 09:58 AM
L_Z replied at 14-3-2020 09:42 AM
Duwit banyak.  Patutnya ko upgrade Kan anak ko attar Tu ja bagi improve bercakap..membaca..bagi vita ...

Ouch.. Pedih babe...
Quote Bergosip 14-3-2020 10:00 AM
Haritu keluar statement "dah jadi jutawan". Kalau jutawan, setakat RM150K celah gigi je.

Cancel je lah percutian tu hoi
Quote slyfynx 14-3-2020 10:03 AM
Boomibulat replied at 14-3-2020 09:55 AM
Netizen ni pun..dia bkn nak  tanya pendapat korang..dia nk bgtau hrga vacation tu sbnarnya..

Yup, agreed. Pendapat korang x penting. Yang penting korang tau die leh belanje RM150000 mcm tu je
Quote Boomibulat 14-3-2020 10:06 AM
slyfynx replied at 14-3-2020 10:03 AM
Yup, agreed. Pendapat korang x penting. Yang penting korang tau die leh belanje RM150000 mcm tu je ...

Yg penting klu x pgi duit burn gitu je..x blh refund..kowang hado..?
Quote Skuau 14-3-2020 10:22 AM
menda ni boleh memain 'CUBA,TRY' ke haper???
Quote Rogue98 14-3-2020 10:33 AM
Lantak kau lah aeril. Meluat tgk laki bini semua benda nk show off. Dulu masa kahwin n dpt anak pertama kemain berahsia.
Quote MeghanK 14-3-2020 10:40 AM
wadiunong replied at 14-3-2020 09:39 AM
Mmg mahal uols sbb duit kita rendah. Average per pax around rm10k. Sesapa yg claim pnh pegi Europe ...

baqak makanan dari malaysia satu luggage, tido guest house/ airbnb book untuk 3 orang sumbat 6 orang memang boleh rm5k g europe
Quote Ladybird910 14-3-2020 10:44 AM
Simple je..

Ko syg nyawa ke syg duit?

Pilih
Quote haruslah 14-3-2020 10:56 AM
Wowww pakej 150k bapak mahalllll

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top