Lipas, memang menggerunkan bagi sesetengah orang dan mencetuskan rasa panik jika serangga ini memunculkan diri. Kalau ada yang takut tengok lipas merayap, apatah lagi yang berkebolehan untuk terbang.
Namun jangan risau, jom kita kurangkan fobia anda dengan lipas dengan mengenali sedikit sebanyak mengenai 'keluarga' lipas, yang mana boleh terbang dan tak boleh terbang. Lipas yang boleh terbang 1. American Cockroach Menurut ORKIN, spesis ini mempuyai sayapnya untuk melungsur. Saiz dewasa lipas ini boleh mencapai hingga tiga inci panjang. Namun, lipas ini hanya boleh terbang dalam jarak pendek sahaja. 2. Smokybrown Cockroach
Lipas jenis ini paling handal untuk 'terbang' kerana mempunyai sayap yang merangkumi bahagian badannya. Saiznya juga agak besar, boleh mencapai sehingga 38 milimeter panjang. Lipas ini mempunyai rupa yang berkilat dan berwarna hitam serta sangat aktif pada waktu malam. Sebagai tambahan, lipas jantan yang terbang lazimnya akan tertarik pada cahaya. Lipas yang tidak boleh terbang 1.German Cockroach Lipas dewasa ini sangat mudah dikenali kerana mempunyai dua jalur hitam di bahagian belakang kepalanya. Walaupun mempunyai sayap, ianya jarang sekali terbang dan lebih memilih untuk 'berlari'. 2. Oriental Cockroach Spesis lipas ini ada dua jenis; Jantan: Mempunyai sais yang agak besar, boleh mencapai sehingga 25 mm panjang secara maksimum. Sayap pula hanya tiga suku panjang daripada badannya. Warnanya pula adalah hitam berkilat sehingga coklat kemerahan. Betina: Saiznya lagi besar berbanding si jantan dan boleh mencapai hingga 32mm maksimum. Lipas betina jenis ini tidak mempunyai sayap dan warnanya hitam berkilat atau coklat kemerahan gelap. Anda mempunyai pengalaman pahit dengan lipas? Kongsikan kepada kami. - CARI
|
RatuDunia94: Syukur iols x geli langsung dgn lipass... tp iols plg geli dgn KATAK.
ADVERTISEMENT