|
"Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi." Itulah yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi satu hantaran Twitter.
Beliau berkongsi sekeping surat yang diberikan kepadanya oleh seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Azmeen Aiman. Surat itu ditulis selepas Zulkifli dilantik sebagai salah seorang jemaah menteri dalam kabinet baharu. Kanak-kanak itu nyata merupakan peminat Zulkifli mengucapkan tahniah atas pelantikan mufti itu sebagai menteri. “Aiman doakan moga Malaysia negara Islam yang aman tenteram. Harapan Aiman, moga semua anak istimewa diberi peluang mengenal Allah dan sentiasa dekatkan diri kepada Yang Maha Esa. “Walaupun kami anak autisme, kami juga makhluk ciptaan Allah. Doakan Aiman sentiasa patuh dan taat perintah Allah. Aiman sayang Datuk Seri kerana Allah SWT,” tulisnya. Dalam pada itu, ramai di kalangan warganet yang berkata mereka berasa tersentuh dengan warkah yang ditulis kanak-kanak itu. - CARI |


jazaa100: Cantik nya tulisan.....tulisan aku lg teruk dari dia......
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.216718 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.