CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Bertanggungjawab!" -Jemaah Tabligh Diselar Berhimpun Ketika Musim Covid 19

14-3-2020 09:45 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 9434| Komen: 57


Kecoh sekejap kisah jemaah tabligh yang mengadakan perhimpunan antarabangsa di Masjid Sri Petaling baru-baru ini ada yang disahkan positif COVID-19.

Ekoran itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta kesemua jemaah ini  untuk membuat ujian saringan bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

Dalam pada itu, timbul pula desas desus mengatakan jemaah ini tidak bertanggungjawab kerana tetap mengadakan program ini di kala COVID-19 sedang mengganas.



Namun,  jemaah-jemaah ini memberi kerjasama pada pihak KKM sebaik diminta hadir ke tempat yang ditetapkan untuk menjalani ujian saringan kesihatan tersebut.

Malah, sepanjang proses tersebut, para jemaah tabligh dilihat masih meneruskan program seperti ta'alim, bayan, tilawah al-Quran, zikir dan dakwah iman. 

Kredit foto: Facebook Mohd Khaiyum

Namun, ciapan ini mengundang perdebatan warga maya pula.

Kredit foto: Twitter  Tweet Islamik

Mereka bertanggungjawablah. Mereka datang untuk ujian saringan....

Kredit foto: Twitter  Tweet Islamik

Tak perlu menuding jari, doa yang baik-baik...



Kredit foto: Twitter  Tweet Islamik

Betullah. Tiada isu kecam mengecam sebenarnya. Kehadiran jemaah ini adalah suatu perkara yang baik kerana jika tidak boleh jadi gelombang paling besar kalau tak dibendung.

Mencegah lebih baik dari mengubati. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 14-3-2020 10:15 AM
naper la selalu lompat ke no 2...ketepikan isu no 1....dh berapa kali dah....jadi...mmm.....
Quote Kuasaberganda 14-3-2020 11:56 AM
kalau nak blame, supposed to be blame masa on chinese new year lagi. kalo ada puak x blk kampung, mesti tak merebak.. .      larikss
Quote munchkin 14-3-2020 12:03 PM
40 over cases kalau ikut data outbreak. Dari tableek. Ko bayangkan.
Quote munchkin 14-3-2020 12:05 PM
Bukan mereka je kena ujian. Ahli keluarga pun kena. Jangan bodoh sangat.

Sama gak yg kata kenduri kawin yada yada yada. Org dewasa je pergi budak jangan pergi. Kalau dah terkena still bawak balik rumah.

Bukan sorang sorang je kena mengerti ke tak mengerti
Quote munchkin 14-3-2020 12:07 PM
Ko berhimpun jelah. Sapa larang. Malaysian among malaysian.

Tapi yg gatal bawak masuk dari negara lain masuk berhimpun tu dah kenapa??? Bila aku kata bodoh org marah
Quote munchkin 14-3-2020 12:09 PM
Depa kan tinggal anak bini? So apa masalahnya kumpul beribu ribu depa tu kuarantin sesama sendiri satu tempat.

Lock mereka down 40 hari.

instead dari lock semua orang down.

Then yg lain pun boleh bebas sembhayang ke hapa.
Quote mosti 14-3-2020 12:43 PM
munchkin replied at 14-3-2020 12:09 PM
Depa kan tinggal anak bini? So apa masalahnya kumpul beribu ribu depa tu kuarantin sesama sendiri sa ...

Btoi gak cakap hang.. Lockdown depa ni..nak sangat berkumpul..kumpul lah sampai bila pun..asal tak jangkit orang lain.
Quote Rogue98 14-3-2020 12:54 PM
Takleh nak salah kan mereka. Acara tu mesti dah dapat kelulusan pihak berkuasa. Lagi pun solat jumaat pun menteri suruh terus kan n xde pulak shopping mall di suruh shutdown. Nak buat biar semua sekali lock down. Kita doa jer lah agar semua selamat. Sambil tu kita make sure lah diri kita sendiri bersih dan patuh arahan MOH
Quote glump 14-3-2020 01:23 PM
Masa raya cina tu my family buat big gathering lagi..kenduri kahwin cucu pertama..cuaca panas masa tu,ramai yg dtg.tp masa tu covid 19 hanya kat luar negara,kat malaysia tiada lg yg confirm rasanya on 26 feb kat malaysia...sama lah masa tabligh nie berkumpul,rasanya kat malaysia tiada larangan yg yg ada jangkitan dtg dari.luar kan?  
Quote ina_na 14-3-2020 01:29 PM
munchkin replied at 14-3-2020 12:09 PM
Depa kan tinggal anak bini? So apa masalahnya kumpul beribu ribu depa tu kuarantin sesama sendiri sa ...

Blh gak kan.. Tp kn ade kwsn la.. Sbb 5-14tu..beso kwsn tu.. Lgpun ramai la nurse n doc kn pantau.. Ape pun harap semua p check.. Sian gak sbnrnye.. Sbb nampak yg cr sanitizer jln Slow2.. Ckp Slow2.. Teringat ke cikgu sekolah dl.. Baik nau.. Kn buli gan kami je.. Hehehe
Quote munchkin 14-3-2020 01:41 PM
Edited by munchkin at 14-3-2020 01:47 PM
ina_na replied at 14-3-2020 01:29 PM
Blh gak kan.. Tp kn ade kwsn la.. Sbb 5-14tu..beso kwsn tu.. Lgpun ramai la nurse n doc kn pantau. ...


Tulah ada pulak nak lockdown semua rakyat pulak Yg terasa sangat pasal tableek ni apa hal ntah.

Masalahnya kita ke yg jemput org sampai dari luar negara bawak masuk.

Ehhhh take resposibility.

Balik2 shopping mall sekolah pejabat dia bezakan.

Shopin mall tubada duduk bahu ke bahu ke?

Mcm umpama sorang pergi jamban berak, satu malaysia cuci punggung walaupun tak berak.

Nonsense.

Control group ni. Ada pulak lockdown satu malaysia. Macam tawau terus larang lableek ni ke masjid surau utk elak jemaah kena. Tapi sapa bileh kontrol kan?
Quote Lagubestbest 14-3-2020 03:18 PM
Kuasaberganda replied at 14-3-2020 11:56 AM
kalau nak blame, supposed to be blame masa on chinese new year lagi. kalo ada puak x blk kampung, me ...

Ramai2 tu berapa orang? Mana lagi ribuan?

Quote hyie 14-3-2020 03:40 PM
play victim sangat yach...kalau kesannya kat korang je takpela jugak ni sampai nak menyusahkan orang lain pehal...
Quote cHRy5LeR 14-3-2020 04:02 PM
Gathering tu mesti takde list nama kan tolong la pegi check and kuarantin diri sendiri
Quote dua_chzy 14-3-2020 04:08 PM
Dah tu ngkorang ingat gereja kat Korea, Itali tu tak dicerca bila Covid 19 tersebar melalui penganut gereja bodo takleh diajar seperti kes di KS yang penganutnya refused huntok pakai face mask semasa church service hinggakan dalam tempoh 1 malam beratus kena Covid 19?

Bosan la akak nak protect penganut agama ni sangat.
Quote Itzy 14-3-2020 04:56 PM
Berita basi dah ni, ditayang ulang kitar semula berpuluh kali untuk burukkan islam dan melayu. Celaka betul la! Sampai aku sendiri join sekaki marah2 salah faham kat geng tabligh. Yang hindu malaysia sambut upacara agama mereka sampai 30k boleh pulak tak bising pulak, main sukan kat stadium bising2 boleh pula. Dajjal betul la, betul2 zaman fitnah untuk islam. Aku minta maaf pada semua geng tabligh sebab ternaik angin dan marah2. Aku pun dah kena game dengan berita2 berat sebelah. Betul la tuhan/nabi kata kalau datang berita kepada kita, siasat dulu sumber dan kesahihan berita tu.
Quote Itzy 14-3-2020 05:00 PM
munchkin: Ko berhimpun jelah. Sapa larang. Malaysian among malaysian. Tapi yg gatal bawak masuk dari negara lain masuk berhimpun tu dah kenapa??? Bila aku kata  ...



Habis yang cina2 negara china masuk sini boleh pulak. Entah2 yang kena jangkit tu kena jangkit dari geng2 china sebelum ni. Tu pegawai kanan khazanah tu pun jangkit dari puak2 negara china gak. Mereka kan banyak meeting. Nak bodoh2 kan orang pu  tengok la dulu, geng agama kot ni bawa rahmat kepada umat islam. Dahnla kita ni ouat duniawi, nak dakwah pun harap kat geng tabligh saja. Mati tu pasto, kat mana2 pun boleh jangkit. Geng hindu malaysia buat sambutan upacara agama mereka beramai2 sampai 30k kau tak bising pulak puak hindu dari india pun pasti ada juga.....
Quote Itzy 14-3-2020 05:07 PM
Rogue98: Takleh nak salah kan mereka. Acara tu mesti dah dapat kelulusan pihak berkuasa. Lagi pun solat jumaat pun menteri suruh terus kan n xde pulak shopping ...


Betul tu, berdoa dan solat adalah senjata umat islam. Ni tak berdoa sembahyang pun entah ke mana. Kuat mengutuk dalam forum. Aku pun sama termarah menyumpah dekat geng tabligh sebab salah faham. Baca kat website srmua tulis lebih kurang sama je. Dah la tu berita pun main ambik cedok je, jadi salah faham banyak. Yang laro dari hospital tu rupanya gelandangan takde rumah yang turut pergi ke majlis tabligh tu. Tapi puak hindu buat ipacara berkumpul takde sape bising pulak. Pasti la hindu2 dari india pun ada join sekaki. Senyap saja puak2 tu dalam media sosial. Maklum dok seronok maki islam. Nanti dengar la kes ada hindu kena jangkit tapi akhirnya salahkan puak tabligh dan islam juga. Maklum sekarang penyakit liberal makin banyak menular, bukan cina india saja serang islam dan melayu, melayu liberal pun join sekaki attack islam maki macam2 di media sosial. Ni kalau dajjal keluar puak2 ni nak sembah dajjal dulu.
Quote Itzy 14-3-2020 05:13 PM
munchkin replied at 14-3-2020 12:03 PM
40 over cases kalau ikut data outbreak. Dari tableek. Ko bayangkan.

Kau ingat kalau takde kes dari tabligh ni ingat virus ni takkan merebak? Aku baca dalam website kata pesakit yang kena coronavirus ni akan daoat jangkitan berulang. Ada soramg tu lepas sembuh dia keluar dari hospital balik kena virus tu balik dan terus mati. Malaysia kan dah buat balik beribu2 rakyat malaysia yang tinggal di luar negara. Berdoa saja pada Allah dan mencegah. Semua ni ujian dari Allah. Nak marah pun dah jadi. Puak2 hindu pun ada berkumpul juga 30k. Tapi semua senyap sebab seronok bantai maki islam lagi. Nanti nak minta hapus bala pun minta orang islam berdoa gak di masjid. Nikmat apa harus kau dustakan. Bersabar dan berdoa saja moga2 virus ni akan segera hilang. Setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.087844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top