CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Beri Semangat Pada Aliff Shukri Melalui Whatsapp - Mulianya Ali Puteh

15-3-2020 08:34 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 12171| Komen: 72


Kredit foto: Beautiful Nara

Kebelakangan ini nama Datuk Aliff Shukri selalu disebut-sebut kerana terlibat dengan berbagai-bagai kontroversi. Tak lama dulu, dia telah menemubual balu arwah Abam, Hidayah di rumah keluarganya. Marah dengan video temubual itu, Ali Puteh memanggil kakak iparnya binatang dan menuduh Aliff cuba mengambil kesempatan untuk mempopularkan saluran youtube milik sendiri. 

Selepas itu, ramai netizen menyerang instagram Ali Puteh dan mengecam Ali sekeluarga. Ali Puteh ada meminta Aliff berjumpa serta meminta maaf dengan ibunya tapi setakat ini, Aliff belum berbuat demikian. Dia bagaimanapun ada membuat permohonan maaf kepada Ali Puteh dan keluarga melalui sidang media yang diadakan tidak lama kemudian.

Aliff Shukri sekali lagi tertekan baru ini, apabila laporan polis telah dibuat oleh orang gajinya sendiri yang mendakwa dia telah mendera anak angkatnya, Ameena. Dalam masa yang sama, Aliff sempat mengeluarkan single terbarunya, Cuba Bahagia menyebabkan netizen mengecam hebat. Kecewa kerana sering menjadi kecaman, Aliff ada meluahkan perasaan di video dan status instagramnya. 

Kredit foto: Aliff Syukri Terlajak Laris

Melalui status instagram yang terbaru, Datuk Aliff ada memuatnaik pesanan whatsapp yang dihantar oleh Ali Puteh kepadanya. Ali memberi kata semangat dan menasihatinya supaya selalu membaca Al-Fatihah dan mengamalkan zikir supaya tenang. 

Aliff menulis "baik rupanya orang ya..dah beberapa kali saya berbual dengan Ali..terima kasih Ali Putih..sungguh berguna nasihat awak..kerana cuba bahagiakan saya".

Kredit foto: Aliff Shukri Terlajak Laris


Yang menarik, bonda Datuk Aliff, Rozita Ibrahim turut menulis respon dengan mengatakan yang beliau sentiasa mendoakan anaknya itu dan menasihati Datuk Aliff supaya terus berusaha menjadi insan yang Allah redhai.

Baguslah kalau Aliff Shukri dan Ali Puteh telah berdamai. Tindakan Ali Puteh adalah satu langkah yang mulia dan boleh dicontohi kerana tak ada untungnya kalau bergaduh lama-lama.-CARI

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 15-3-2020 09:04 AM
Perli secara halus ke tu.. haha
Quote olezzeli17 15-3-2020 09:08 AM
Masalahnya AS ni suka create kontroversi back to back.. Sendiri cari penyakit kekdahnya.. Baguslah Ali bagi nasihat, sebab dia pun pernah mengalami kecaman hebat drpd netizen.. Tapi AS ni gi up pulak conversation diorang dlm IG.. Memang tak boleh jauh drpd media sosial ekk..
Quote youell 15-3-2020 09:13 AM
Drama king xhabes2. kawan tu elok wasap personally..ko tayang pulak..drama much!
Quote DARSITA 15-3-2020 09:20 AM

Lepas hantar message mesti si Ali gelak sakan sambil ckp kat mak "Mak angah dah cari dia mak"
Quote belilies 15-3-2020 09:22 AM
Dia nak cari keje tu... Tats y menempel ngan as. Manalah tau blh jd penasihat agama utk as.
Quote missmeornot 15-3-2020 09:23 AM
AS ni mmg sejenis yg suka create isu..x abis2 dgn kontrobesi ciptaan sendiri..nape la dia ada kt icsyv malam ni..xde mood nk tgk..artis jemputan ok dah
Quote Jagendas 15-3-2020 09:56 AM
oh dunia ini penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan
Quote rosewhite 15-3-2020 10:10 AM
missmeornot replied at 15-3-2020 09:23 AM
AS ni mmg sejenis yg suka create isu..x abis2 dgn kontrobesi ciptaan sendiri..nape la dia ada kt ics ...

eh bukan dato hattan ye?
Quote missmeornot 15-3-2020 10:37 AM

Dato Hattan artis jemputan si AS ni panel jemputan ngan che ta
Quote RatuDunia94 15-3-2020 10:40 AM
So kena sembah Ali ke cane ni??
Quote bungarose 15-3-2020 10:52 AM
Semuanyer propaaaa
Netizen da menyampah meluatt
Quote diamondhoney 15-3-2020 10:58 AM
Kosser ali hitam tunjuk mulia.. Sesuai la tu berdua
Quote Sachacha 15-3-2020 11:23 AM
Motipnya lah
Dua2 i nyampah
Quote edee_91 15-3-2020 11:28 AM
RatuDunia94 replied at 15-3-2020 10:40 AM
So kena sembah Ali ke cane ni??

                 

Quote budakpink 15-3-2020 11:31 AM
Skrg aku conpius ali hitang ni dari maharajalawak ke pencetus umah... Tapi yg pasti dan nyata sejak dua tiga menjak ni je yg die acah2 pu tak siap
Quote Nana_Man 15-3-2020 11:45 AM
Jokers!!!!!!!!!
Quote hyie 15-3-2020 11:57 AM
ewww jijiknya...dah sah2 bapok ni nak release single terbaru so kena la acah2 create isu baru untuk up kan marketing...iols doakan bapok ni segera melingkup yach...no simpati for you sis
Quote Nenasketum 15-3-2020 11:58 AM
Dua2 yang mencari attention, demi sesuap nasik.
Quote Ladybird910 15-3-2020 12:30 PM
Nenasketum replied at 15-3-2020 11:58 AM
Dua2 yang mencari attention, demi sesuap nasik.

Cubaan membersihkan diri memasing.Heheheheh

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.256841 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top