Virus COVID-19 semakin membimbangkan sehingga memaksa negara melakukan perintah kawalan pergerakan seperti yang dimumkan oleh Perdana Menteri malam tadi.
Berikut 5 perkara paling merisaukan ketika wabak ini menyerang seluruh dunia pada masa ini: 1. COVID-19 menjejaskan ekonomi Sekiranya anda peka dengan isu semasa, beberapa hari yang lalu pihak Malaysia Airlines (MAS) telah menyuruh kesemua 13,000 pekerjanya memilih sama ada mahu mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tidak berbayar setiap bulan selama tiga bulan bermula April. Jadi selama 3 bulan pekerja MAS terpaksa bergantung hidup dengan duit simpanan dan mungkin mereka terpaksa melakukan pekerjaan sampingan/part time untuk membayar ansuran kereta, rumah, dan meneruskan hidup.
Bukan dalam sektor penerbangan sahaja yang terjejas malah dalam sektor perniagaan, sukan, pelabuhan import export dan banyak lagi. 2. COVID-19 melingkupkan perniagaan Point kedua ini saya tujukan khas untuk para peniaga restauran hidangan cina di seluruh dunia yang mengalami kerugian teruk akibat COVID-19. Pelbagai portal berita mendedahkan ramai pengusaha restauran cina mengalami penurunan jualan yang drastik. Ini kerana ramai pelanggan yang takut untuk melanggan makanan atau datang ke restauran cina. 3. COVID-19 mewujudkan perpecahan kaum Wabak ini bukan sahaja berpotensi untuk melumpuhkan ekonomi bahkan wujud isu perkauman dan diskriminasi terhadap warga Asia yang tinggal di Amerika dan Eropah. Baru-baru ini seorang pelajar Singapura di London dibelasah akibat COVID-19. Mangsa Jonathan Mok, 23, berkata kejadian jam 9.15 malam Isnin lalu itu berlaku ketika beliau bersiar-siar di Oxford Street apabila sekumpulan lelaki menjerit "coronavirus" ke arahnya. Selain ditumbuk dan dipukul hingga matanya lebam, beliau turut diherdik dengan cacian berbaur perkauman. 4. COVID-19 menjejaskan kehidupan seharian Sekiranya anda ibu/bapa yang disahkan COVID-19 sudah semestinya anda sangat risau dan takut. Ini kerana tiada lagi yang akan mengurus rumah anda, anak-anak anda, dan anda tidak dapat bekerja mencari rezeki semasa dalam tahanan hospital. Memang ramai pesakit COVID-19 di Malaysia sudah sembuh namun tempoh anda terlantar di hospital itu secara tidak langsung menjejaskan kehidupan anda. Sebab untuk sembuh daripada virus COVID-19 ini memakan masa yang agak lama. 5. COVID-19 harga barangan naik melambung Bila bercakap tentang isu harga barangan naik melambung, contoh paling mudah adalah perniagaan online. Anda boleh mencuba sendiri membuat pembelian online dan anda akan terkejut dengan harga barangan yang melambung tinggi. Ramai perniaga di luar sana yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang berlipat kali ganda. Terutamanya face mask dan hand sanitizer. Bila disoal kenapa harga barangan melambung tinggi, jawapan mereka senang sahaja "demand tinggi stok kurang". Budaya seperti ini tidak sepatutunya berlaku pada saat-saat genting seperti sekarang. Kita sepatutnya bersifat lebih kemanusiaan. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perniaga yang tidak bertanggung jawab ini. - CARI
|
husna_amal replied at 17-3-2020 03:40 AM
Ni masalah dunia jadi semua orang merasa kesannya.
ADVERTISEMENT