CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesej Lockdown Malaysia Palsu, Berhentilah Tularkannya

16-3-2020 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3332| Komen: 11

Kecoh di laman sosial apabila sebuah mesej tular berkenaan perintah sekatan masuk dan keluar (lockdown) bermula hari ini akibat wabak Covid 19. 

Namun, Kementerian Kesihatan segera membuat penafian dengan mesej tersebut dan berkata penyebaran infografik lockdown di negara ini adalah palsu. 

Foto: FB

“Tiada sebarang perintah 'lockdown' buat masa ini. Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Loading FB Post...


Difahamkan, infografik tersebut mula dikongsikan oleh netizen sejak petang semalam melalui Facebook dan juga Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada 16 Mac 2020, 8 hingga 10 malam. 

Menerusi mesej tersebut, orang ramai dilarang keluar rumah, berada di tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta digalakkan berdoa.

Susulan itu, orang ramai diseru agar tidak berkongsi sebarang mesej di laman sosial tanpa mengetahui kesahihannya terlebih dahulu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 16-3-2020 11:47 AM
Aiyooo.. Tak ada makna kerajaan nak lockdown selagi tak ada kematian angka ratus. Doakan saja la semua sihat.
Quote adelea 16-3-2020 12:00 PM
ni meminta sgt ke apa ? ... adoi laaaa
Quote kucingitam 16-3-2020 12:15 PM
ini kempen je la sbnrnya..
kempen lock down diri sendiri..
adoi..

kempen yg baik pe la salahnya buat..
Quote belilies 16-3-2020 12:25 PM
Nak berkempen tu berpada2 laaa.... Ingat lockdown tu sesuka hati je guna?? Tambahan lg page pro kkm yg kluarkan. Mana tak panik rakyat marhaen..
Quote Intanmahsuri 16-3-2020 12:54 PM
Salah guna perkataan je ni. Lockdown maybe too strong walhal yang nak di jalankan ialah social distancing. Maybe patut letak bahasa melayu.

Lockdown ni dalam bahasa melayu ialah perintah berkurung kan? Dengar perkataan perintah berkurung ni boleh mendatangkan panik.
Quote Cikembok 16-3-2020 01:51 PM
Aku dah berhari2 dok kt umah.. Kalau kuar pon kejap je..
Quote fishcracker 16-3-2020 03:49 PM
Iol lockdown diri sendiri,malas nak keluar rumah...esok baru pi pasar
Quote munchkin 16-3-2020 04:03 PM
Tukar je selfquarantine. Member aku kat sabah dah buat. Ada member dia dengar dia self quarantine kat area tu, kawan dia gatal nak mai rumah. Nasib dia tegas. Dia kata social distancing right now.

Malaysian tak fahan faham bagaimana benda ni mereka.

Siapa producer tak nak buat lakonan or visual cara benda ni merebak?
Quote husna_amal 16-3-2020 04:16 PM
Sebagai netizen tolong lah ambil langkah pencegahan yang sepatutnya. Jangan bila dah terkena jangkitan baru nak menyesal.
Quote Artemesiaa 16-3-2020 05:35 PM
Benda macam ni buat masyarakat lebih panic tampa sebab
Quote Ladybird910 16-3-2020 06:22 PM
Edited by Ladybird910 at 16-3-2020 06:23 PM

LOCKOUT: Menutup semua sempadan dan tidak membenarkan orang luar masuk. Aktiviti dalaman berjalan seperti biasa.

LOCKDOWN: Situasi macam perintah berkurung. Aktiviti dalaman terhad.

POTLUCK: Sesetengah insan yg berhati mulia membawa mangkuk tingkat berisi makanan utk dikongsikan bersama .. terutama bagi mereka yg baru belajar memasak dan suka memasak

LOCKLUCK: Mangkuk yang tak dengar cakap yg nak jugak melancong oversea, patut diikat beramai2 ketika mana2 situasi di atas sedang berlaku.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.079976 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top