Kredit foto: New Straits Times Wah, lepas satu, ke satu isu kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri. Semalam, Datuk Aliff memuat naik gambar cek bayaran zakat berjumlah RM52,500 di akaun Instagramnya. Bayaran zakat itu dibuat atas nama Lembaga Zakat Selangor. Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris
Datuk Aliff Syukri menulis di dalam instagramnya "Syukur Alhamdulillah. Walau apapun yang berlaku sekarang, perniagaan abang masih hebat dengan @as.legacymalaysia. Kalau berminat, whatsapp abang". Datuk Aliff juga menulis yang dia tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat setiap bulan kerana ingin membantu orang susah lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang seperti kegawatan ekonomi dan Covid 19. Usahawan ini juga meminta doa orang ramai untuk kejayaannya supaya dia boleh terus membantu orang yang tidak berkemampuan. Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris Seperti dijangka, statusnya mengundang kecaman ramai yang menuduh dia riak dan menunjuk kakayaan. Jika dilihat di ruangan komen, kebanyakan pengikut Aliff mengatakan, zakat adalah satu amalan yang baik, tetapi tidak perlu menunjuk kepada orang lain. Ibarat kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. Walau bagaimanapun, ada juga pengikut yang memuji sifat pemurah Aliff dan meyokong tindakannya memuat naik gambar cek tersebut untuk memberi inspirasi kepada orang lain berjaya seperti dirinya. Rasanya, alasan untuk memberi inspirasi pada orang ramai telah banyak kali digunakan sehingga menjadi klise. Datuk Aliff Syukri patut lebih sensitif kerana bukan semua orang bernasib baik sepertinya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, di mana beribu orang bakal kehilangan perkerjaan disebabkan ancaman Covid 19. - CARI
|
nanasno replied at 17-3-2020 11:52 AM
dah menangis lepas tu promo lagu baru. oh my god i dont understand why people are still following ...
axl_bach replied at 17-3-2020 12:19 PM
Ada pernah terdengar dlm kuliah sorg Ustaz kata zakat ni bagus kita war2kan sbb utk galakkan org tun ...
ADVERTISEMENT