Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh 14 hari mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Langkah ini diambil untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini. Jadi apakah langkah yang perlu diambil bila dikenakan perintah berkurung? Pertama sekali, jangan panik. Jom baca pengalaman seorang rakyat Malaysia, Juwita Jalil yang telah berada di Chongqing, China sepanjang perintah berkurung selama 40 hari di sana. Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau negara China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman bagaimana saya pastikan diri saya selamat. Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan perintah berkurung. Ia melibatkan seluruh negara China. Jadi, bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ juga tak boleh tinggalkan kawasan tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan asas, bergantung pada seriusnya keadaan jangkitan kawasan masing-masing setiap 2-3 hari sekali. Setiap orang akan diperiksa suhu badan mereka apabila memasuki mana-mana bangunan untuk mendapatkan barangan penting masing-masing. Sepanjang perintah berkurung, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. Tidak dibenarkan keluar merayau tanpa arah tujuan, lagipun tiada premis perniagaan yang dibuka selain dari yang dinyatakan. Malah anda akan dinasihatkan oleh polis peronda untuk pulang ke rumah. Perintah berkurung ini telah berlaku selama 40 hari ke atas seluruh China yang melibatkan berbilion-bilion rakyat China hanya duduk di rumah masing-masing. Walaupun perintah ini adalah arahan dari kerajaan, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri masing-masing. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INILAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRUS NI DARI MEREBAK! Jadi, ini yang saya lakukan apabila memberi barangan keperluan. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 hingga 2 minggu supaya saya tak perlu selalu keluar. Ini adalah untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lebih-lebih lagi tisu tandas.
Juwita juga bertegas agar kita semua sentiasa pakai topeng muka, basuh tangan dengan kerap serta tidak menyentuh muka ( mulut, hidung, mata). Elakkan tempat sesak dan aktiviti sosi@l di luar rumah. Selain itu, sepanjang tempoh berkurung, beliau hanya menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik kerana menggunakan duit kertas ada risikonya. Katanya, "Kalau anda masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna andalah sebenarnya ancaman untuk komuniti." Ayuh rakyat Malaysia. Disiplinkan diri anda dan patuh pada perintah kawalan pergerakan ini agar COVID-19 dapat dibendung di negara kita.- CARI |
ellejo replied at 17-3-2020 12:18 PM
sebab ko bukan cina or omputeh yg dr lahir basuh berak basuh kencing pakai toilet paper. ko pempuan ...
umbut replied at 17-3-2020 04:59 AM
Dah tu ko pas berak kencing pki tisu je ke... tak bau,selesa ke anu tu.... aku tanya ni...sebab ak ...
KIM.K replied at 17-3-2020 01:20 PM
Tisu tandas bagi org islam tak sepenting tisu dapur
umbut replied at 17-3-2020 01:49 PM
Ye.. tisu dapur paling penting.... tisu dapur mesti ada buat lap2.. aku tak suka guna kain lap2.. ...
umbut replied at 17-3-2020 01:49 PM
Ye.. tisu dapur paling penting.... tisu dapur mesti ada buat lap2.. aku tak suka guna kain lap2.. ...
husna_amal replied at 17-3-2020 02:24 PM
Dengan sikap rakyat Malaysia yang degil ni pasti tak sama situasi macam kat negara China tu.
pooh~key: Akak tak perlukan tisu dekkkkk.... afdhol akak basuh pakai air zam zam dekkkk.... lebih suci sebegitu... dek!
pooh~key replied at 17-3-2020 01:44 PM
Akak tak perlukan tisu dekkkkk.... afdhol akak basuh pakai air zam zam dekkkk.... lebih suci sebegit ...
jazaa100 replied at 18-3-2020 10:19 PM
Aku cabar kau cebok guna air zam zam ...
Klu kau berani, kau buat....
ADVERTISEMENT