Kakitangan dan sukarelawan di Hospital Serdang menerima kejutan yang tak dijangka oleh usahawan popular Datuk Fadza Anuar dan Datin Vivy Yusof.
Mereka dihadiahkan dengan pemberian beberapa buah penghawa dingin mudah alih untuk pihak hospital itu yang memberi rawatan kepada pesakit C0VID-19.
"Setelah mengetahui tentang perkara-perkara menakjubkan yang dilakukan kakitangan hospital/ sukarelawan, Saya dan suami terpanggil untuk membuat sesuatu kepada mereka. Saya berhubung dengan pihak hospital untuk bertanya peralatan yang mereka perlukan dan saya memutuskan untuk menyumbangkan beberapa penghawa dingin mudah alih untuk mereka, ikhlas dari FV (Fashion Valet)." Menurut Vivy, untuk permulaan, sumbangan ini diserahkan kepada Hospital Serdang dan akan menyusul ke Hospital-hospital yang lain. Para pengikut Vivy menyambut baik usaha pihaknya atas sumbangan tersebut. Baguslah kan. Rasanya siapa yang ada rezeki lebih macam Vivy memang digalakkan memberi sumbangan pada pihak yang memerlukan macam petugas kesihatan kita ni. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas kesihatan. Anda adalah wira kami. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|