Selepas perintah kawalan pergerakan dikeluarkan oleh Perdana Menteri malam tadi, ada yang mendakwa ramai masyarakat mahu mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung.
Sebaliknya hal tersebut sangat tidak disyorkan kepada mereka kerana ia menyebabkan banyak pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ahli pasukan petugas Covid 19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menyeru agar semua orang tidak balik ke kampung. "Jangan balik kampung, kekal di kawasan masing-masing." "Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.
"Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan," katanya memetik laporan Astro Awani. Dr Adeeba memberi respon itu berhubung kerisauan ramai yang akan pulang ke kampung ketika dua minggu perintah kawalan pergerakan ini. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 17-3-2020 01:22 PM
Kan.. student2 u pon duk je la kat asrama tu..
Pergerakan terhad means.. stay di mana ko berada.. ...
Kenabertaubat replied at 17-3-2020 01:31 PM
I tak rasa orang pakai pun nasihat ni. Sebab parking area rumah i ni dah kosong. Tak kira bangsa, pa ...
elzy replied at 17-3-2020 03:03 PM
Kakak ipar dan adik ipar sekeluarga sibuk plan balik kampung esok.. Tak peka langsung
ADVERTISEMENT