CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Teksi Cekik Budak 13 Tahun Sampai Mati Sebab Tak Dapat Pinjam Duit

17-3-2020 01:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3945| Komen: 7|Original author: Oleh: LilRose

Seorang pemandu teksi tergamak membunuh sepupu isterinya sendiri kerana bapa mangsa enggan meminjamkan wang kepadanya.

Lapor India Today, mayat mangsa kemudian disembunyikan di bonet, sementara dia mengambil penumpang seperti biasa.


Mahendra @ Sonu dilaporkan membunuh remaja lelaki, Nitin Khateek, 13, kerana bapa mangsa enggan meminjamkannya wang sebanyak 100,000 rupee.


Gambar hiasan
Kredit foto: Morocco World News

Difahamkan, pada hari kejadian mangsa dikatakan akan menduduki ujian bahasa Hindi.

Menurut keluarga, mangsa kali terakhir dilihat bersama suspek selepas dijemput Mahendra dari sesi ulang kaji di rumah rakannya.

Bagaimanapun, keluarga mangsa kemudian menerima panggilan meminta wang tebusan dan mereka mengecam suara pemanggil mirip suara suspek.

Bertindak atas laporan diterima daripada keluarga mangsa, polis mendapati telefon bimbit mangsa dan suspek berada di lokasi sama.


Ketika disoal siasat, Mahendra mengakui dia mencekik Nitin apabila remaja itu mula menjerit minta dihantar ke rumah untuk membuat persediaan ujian berkenaan.


Kredit foto: India Today

Suspek kemudian mencampak mayat mangsa di dalam bonet sebelum ditemui polis.

Sementara itu, bapa mangsa berkata, dia enggan menyerahkan wang berkenaan kerana dia masih memerlukannya untuk pembinaan rumahnya yang sedang berjalan.

Mahkamah pada Ahad membenarkan reman terhadap suspek sehingga 18 Mac ini. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 17-3-2020 02:38 PM
Keling hindu ni mabuk ke tak mabuk memang perangai langsi ke apa.
Quote Rogue98 17-3-2020 03:07 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 18-3-2020 06:39 AM

Citer2 camni mesti kat India...
Quote Kurex 17-3-2020 04:34 PM
member tu dah tau kau ada duit, tu yg dia nak pinjam... sekali lagi, tak terkejut bila baca awal artikel, boleh tau leluhur mana
Quote Artemesiaa 17-3-2020 05:25 PM
Kejamnya perbuatan, gaduh dengan yang dewasa kenapa kanak2 pun nak dilibatkan sama
Quote jue10 17-3-2020 07:28 PM
Sial gila perangai
Quote MissyMolly 17-3-2020 09:09 PM
mental...bunuh diri sendiri la
Quote CurangLagi 18-3-2020 07:58 AM
{:freak{:freak{:freak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.093970 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top