CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 30 Majlis Kahwin Dibatalkan, Bisnes Katering Tanggung Rugi

17-3-2020 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6536| Komen: 46

Antara industri yang terjejas berikutan wabak Covid 19 ialah bisnes katering apabila ramai pelanggan yang mahu membatalkan majlis.

Ia juga susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi. 


Memetik laporan Harian Metro, seorang pengusaha katering di Kelantan terpaksa akur apabila lebih 30 majlis dibatalkan. 

Menurut Zuraida IIyana Hussein, 39, ramai pelanggan mula menghubunginya sejak malam tadi. 

Foto: Kahwinmall
“Dalam masa sama, saya turut menasihati pelanggan supaya menangguhkan majlis mereka bagi mengelak masalah lain, walaupun terpaksa menanggung kerugian.

“Bermula esok hingga Sabtu ini, sekurang-kurangnya empat majlis sehari yang perlu kami kendalikan. Namun, demi keselamatan semua terpaksa akur.

“Barang memasak dan keperluan untuk majlis sehingga Jumaat sudah dibeli. Saya sudah maklumkan kepada pelanggan bahawa kerugian itu kami tanggung dan wang deposit mereka akan diberikan semula,” kata pemilik Zuraida Katering ini. 

Katanya lagi, ini merupakan kali pertama berhadapan dengan situasi sebegitu sejak 10 tahun berniaga. 

“Apapun, saya menganggap semua ini ada hikmahnya dan mungkin ada rezeki lain untuk saya,” katanya lagi. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • mamapip

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-3-2020 04:13 PM
takpe... batalkan je utk kesemlatan diri sendiri dan yg lain
Quote bloodyamuk 17-3-2020 04:38 PM
anggap je la rezeki pun on hold...
Quote elzy 17-3-2020 04:45 PM
Sedekah ke rumah-rumah kalau dah buat persiapan..

Quote husna_amal 17-3-2020 04:47 PM
kalau dah buat persiapan barang mentah baru lah dianggap rugi.
Quote margo20 17-3-2020 04:50 PM
Guna map ini untuk kesan lokasi bahaya Virus

outbreak.my/map

Tekan kat bulat2 merah kalau nk tau details info& lokasi
Quote Artemesiaa 17-3-2020 04:56 PM
margo20 replied at 17-3-2020 04:50 PM
Guna map ini untuk kesan lokasi bahaya Virus

outbreak.my/map

Rasanya info pada map tu tak uptodate kepada kes yang paling terkini tapi bolehlah kalau nak dijadikan panduan.
Quote myoujin 17-3-2020 05:00 PM
Barang yang beli tu boleh buat makanan untuk jual delivery
Quote fff_cat 17-3-2020 05:07 PM
Laki aku tukang masak katering. Kebanyakkan tak batal pun, cuma mintak tangguh je.

Quote harizs 17-3-2020 05:37 PM
nak rugi ke nak satu Msia mati.  kat Italy hari ni dah 2158 yg mati vs 630 minggu lepas sbb rakyat degil
Quote meow_tompok 17-3-2020 06:01 PM
bagusnya pemilik katering ni, bole terima customer batal, refund duit lagik.
didoakan rezeki beliau murah dan melimpah kemudian hari hendaknya

Quote harizs 17-3-2020 06:23 PM
TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Dua (2) kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.
Quote makadek 17-3-2020 06:31 PM
Barang mentah boleh frozen..
Jgn sembang rugi.. Kalau cust tangguh unless dibtlkn terus ..cus lg rugi korang tk akan refund 100%..mesti alasan dh beli barangkn..anggap je ni ujian kecil ..selama ni pn dh bermewah tewah kan.. Sbgai org islam kena redho..
Quote makadek 17-3-2020 06:33 PM
fff_cat replied at 17-3-2020 05:07 PM
Laki aku tukang masak katering. Kebanyakkan tak batal pun, cuma mintak tangguh je.

Kan .... So kat mana ruginyaaaa ..
Quote jazaa100 17-3-2020 06:34 PM
harizs replied at 17-3-2020 05:37 PM
nak rugi ke nak satu Msia mati.  kat Italy hari ni dah 2158 yg mati vs 630 minggu lepas sbb rakyat d ...

Kau blh cite kat aku tak knp tetiba italy yg naik mendadak ek.....klu korea tu aku tak heran pun...
.
Quote clerics 17-3-2020 06:40 PM
jazaa100 replied at 17-3-2020 06:34 PM
Kau blh cite kat aku tak knp tetiba italy yg naik mendadak ek.....klu korea tu aku tak heran pun.. ...

landskap serta penakatan kerajaan dlm menangani pandemic covid dlm negeri sendiri kita masih terpinga pinga....apa lagi itali.
Quote kechikchomel 17-3-2020 06:48 PM
Kawan adik iolss buat kenduri kawin ahad ni. Postpone jugak. Dorang buat akad nikah je kat umah pompuan sabtu ni.
Quote ina_na 17-3-2020 06:54 PM
Kalo dah siap msk.. Atau goodies bag tu blh bg kat jiran2 kot.. Letak depan umah Sambil jerit.. Salam cik kiahhh ni ade goddies bag adiah dr saya.. Nanti ambik ye.. Hehehe.. Ok x idea ni..
Quote harizs 17-3-2020 06:57 PM
jazaa100 replied at 17-3-2020 06:34 PM
Kau blh cite kat aku tak knp tetiba italy yg naik mendadak ek.....klu korea tu aku tak heran pun.. ...

cuba tonton video BBC ni..  rakyat Italy degil.  masa kes dah naik 2000 kes pun mrk masih buat sport events,  buat Milan Fashion Weeks,  masih enjoy mcm biasa.  masa kematian dah cecah 500 org pun masih relax lagi.

Video
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157541690742217&id=228735667216




[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157541690742217&id=228735667216[/fbp]
Quote Leonclay 17-3-2020 07:01 PM
Moga akan bertmbh rezeki caterer ni lps perintah ni berakhir

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.142146 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top