CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

14 Hari Berkurung Itu Membosankan? Eh! Tak Bosanlah, Lakukan 8 Perkara Ini

18-3-2020 10:10 AM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 4996| Komen: 25|Original author: Azlin

Kredit foto: Sinar Harian

Gempar sebentar Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. 

Mari kita lapangkan dada dan minda, banyak aktiviti bermanfaat khususnya umat Islam boleh lakukan tanpa terlalu memikirkan rasa bosan terkurung.


1. Mempertingkat ilmu fardhu 'ain.

Baik mengaku, selama ni banyak hukum-hakam agama yang kita tidak pasti, kan? Inilah masanya untuk kita 'mengaji' semula. Kaedahnya, cuba ikuti kelas agama secara atas talian dari para ilmuan dalam dan luar negara pilihan anda. Kelas atas talian tak pernah lagi ‘dibatalkan’.

Peluang untuk membiasakan amalan membaca Quran.


2. Tadabbur al Quran.

Setiap kali menjelang Ramadhan, ramai orang khatam al-Quran tapi jarang yang mahu mendalami maksud ayat-ayat suci. Apa kata kita cari kelas tadabbur Quran di Facebook atau Telegram dan cubalah istiqamah walau selepas tempoh 14 hari berakhir.


3. Qada' solat dan puasa.

Mungkinkah zaman sekolah atau belajar dulu kita ada tertinggal solat atau puasa? Mari kita sama-sama muhasabah diri, cuba hitung jumlah hari puasa yang nak wajib diganti. Stok makanan usah dirisaukan jika kita pandai mengurus stok, jadi pilih saja apa menu berbuka puasa yang diingini. Pastikan menu adalah berbeza-beza tiap hari agar tekak tidak rasa bosan.


4. Muhasabah diri.

Hidup kita ini sibuk sentiasa, apabila mati saja barulah kita dapat ‘berehat’. Nah, syukur Allah datangkan 14 hari cutiuntuk muhasabah diri, refleksi diri dan  koreksi diri.


5. Membaca buku agama.

Pernah atau tidak berlaku pada diri kita, dari hari pertama buku dibeli (usia buku sudah masuk tiga tahun), hanya dapat habis empat mukasurat sahaja sebelum disimpan semula di dalam almari hinggakan pasangan menegur akan ‘kemalasan’ itu. Nah, inilah masanya untuk kita tunjuk keazaman kita menghabisi senaskah buku agama pada pasangan masing-masing ya?


6. Mengeratkan silaturahim dengan saudara-mara.

Biasalah manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada masa kita sentap, bila kita cuba menghulur kemaafaan ada saudara yang turut sentap. Mari kita ambil peluang masa lapang ini dengan bertanya khabar melalui telefon. Akhiri perbualan dengn permohonan maaf dengan ikhlas. Kiambang pasti akan bertaut kembali.

Terdapat banyak pilihan kursus atas talian boleh didapati. kredit foto: digitaldefynd.com


7. Ambil kursus atas talian.

Kita sering rasa diri serba kurang apabila bersembang dengan rakan sekerja. Terasa diri ini kurang ilmu, apalah yang dapat diharapkan dari ijazah 20 tahun yang lalu. Apa kata kita cuba “sign-up pelbagai kursus atas talian seperti Udemy, Teacheable, WizIQ, Educadium, Ruzuku, LeranWorlds, Thinkific dan Skillshar. Pejam celik pejam celik dapat satu lagi ijazah.


8. Menulis.

Sentiasa rasa diri tu ada bakat menulis. Cuba manfaatkan follower kita yang ramai di aplikasi seperti Facebook. Mungkin juga boleh cuba menulis untuk platform atas talian, mana tahu boleh buat pendapatan sampingan pula lepas ini.


Selamat kita menikmati 14 hari cuti 'bergaji' anugerah dari Allah. Tingkatkan imuniti, jaga diri. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 18-3-2020 10:17 AM
Manfaatkan masa yang terluang ni dengan perkara yang berfaedah dan terus mengikut perintah yang disarankan.
Quote Kurex 18-3-2020 10:24 AM
Iols donlod game baru semalam
Quote salmon-suki 18-3-2020 10:31 AM
Eratkn silaturahim sesama sedara tu boleh skip kot..sbb kita pun xpasti dorg bwk wabak tu ke x kan..
Quote RatuDunia94 18-3-2020 10:43 AM
Duk rumah kemas2 rumah.. cuci tandas2 yg dh berkerak tu.. minyak2 yg dh mengeras kat celah2 dapur tu..
Quote mawar_mustika 18-3-2020 10:50 AM
how i wish i blh cuti jugak
pagi2 dh heret kaki p opis...terpaksa lh bos dh bg arahan sbb kitorang terlibat dengan pembekalan makanan...tp pendapat i bos i slh lh...patutnye yg bile berlaku mcm ni xsemua akan terlibat..cth i dtg opis xde keje sgt sbb semua supplier i tutup sbb i lebih pada brg2 bukan makanan...maka mengadaplh forum ni kat opis sbb xde keje...kang blk rmh bos marah plak
Quote sarah82 18-3-2020 10:56 AM
Kurex replied at 18-3-2020 02:24 PM
Iols donlod game baru semalam

Game apa kurex.. Share plsss
Quote Aai2 18-3-2020 10:57 AM
RatuDunia94 replied at 18-3-2020 10:43 AM
Duk rumah kemas2 rumah.. cuci tandas2 yg dh berkerak tu.. minyak2 yg dh mengeras kat celah2 dapur tu ...

Ya yg ni iols buat...biasanya kerja2 menyerluruh cuci satu rumah ni dgn tukar langsir sekali iols ambik cuti seminggu  sblm puasa,jd thn ni buat awal
Quote Skuau 18-3-2020 11:08 AM
day 1....(buat cam pilem...hehe)....msh baring lg...mlm td tido lambat... 3am....belum fikir apa2 lg....nak tenangkan diri dulu....
Quote sarah82 18-3-2020 11:14 AM
Skuau replied at 18-3-2020 03:08 PM
day 1....(buat cam pilem...hehe)....msh baring lg...mlm td tido lambat... 3am....belum fikir apa2 lg ...

Ang letak kaki tinggi lps tu tarik nafas.. Nikmati rehat dan tido yg mungkin selama ni tak cukup sebab bekerja.

Anggap ni adalah satu bentuk rezeki Allah bagi utk ang rehatkan badan.
Quote Skuau 18-3-2020 11:17 AM
sarah82 replied at 18-3-2020 11:14 AM
Ang letak kaki tinggi lps tu tarik nafas.. Nikmati rehat dan tido yg mungkin selama ni tak cukup s ...

ptg nt rasa nak kemas cikit2...btw..tq...sis...
Quote sarah82 18-3-2020 11:35 AM
Skuau replied at 18-3-2020 03:17 PM
ptg nt rasa nak kemas cikit2...btw..tq...sis...

No hal.. Bukan susah pun nak tido dan relax kan.
Quote Skuau 18-3-2020 11:40 AM
sarah82 replied at 18-3-2020 11:35 AM
No hal.. Bukan susah pun nak tido dan relax kan.

...dan kalo rasaaa boring sgt nt...mungkin(saja)..wa 'cari gaduh' ngn i am ph,dolgemok atau pyropura.....hahaha....
Quote sarah82 18-3-2020 11:41 AM
Skuau replied at 18-3-2020 03:40 PM
...dan kalo rasaaa boring sgt nt...mungkin(saja)..wa 'cari gaduh' ngn i am ph,dolgemok atau pyropu ...

Hahaha.. Anggap la depa sebagai bahan hiburan kita.. Teruk sangat dah aku tgk depa craving for attention gitu..
Quote meow_tompok 18-3-2020 12:23 PM
mawar_mustika replied at 18-3-2020 10:50 AM
how i wish i blh cuti jugak
pagi2 dh heret kaki p opis...terpaksa lh bos dh bg arahan sbb kitora ...

suggest kat boss work from home

Quote Kurex 18-3-2020 12:39 PM
sarah82 replied at 18-3-2020 10:56 AM
Game apa kurex.. Share plsss

Aku donlod game kanak2 je,lepas tu majalah gila2 online
Quote sarah82 18-3-2020 12:41 PM
Kurex replied at 18-3-2020 04:39 PM
Aku donlod game kanak2 je,lepas tu majalah gila2 online

Hihihi.. Sat g cari kat playstore.. Phone ang dah ok baterinya kurex? Apa mslhnya sebenarnya
Quote ajinomotonosuga 18-3-2020 01:02 PM
Poyo manaaaa je tulis tu haaa...

14 ari ni aku nk tulis novel lah..Mona Covid

Cite sedih..balada..suspense thriller ending happy...Mona anak yatim piatu di groom jadi carrier covid masuk malaya..nk lumpuhkan ekonomi mesia yg already lumpuh...usha Mat Maslan 3.8 dan Mat Sabu..jadi pelacur depa fuhhhhhhh thrill kan?  Cap Go Meh nnti siap la...
Quote CikB 18-3-2020 03:06 PM
ada 2 novel nk kena baca ni...
Quote JohnyEnglish 18-3-2020 04:19 PM
salmon-suki replied at 18-3-2020 10:31 AM
Eratkn silaturahim sesama sedara tu boleh skip kot..sbb kita pun xpasti dorg bwk wabak tu ke x kan..

dia tulis melaui telepon bkn suruh pgi jln2 rmh dia minum teh o

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.134218 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top