CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerana Seorang Suspek Covid-19 Penting Diri, 10 Petugas Kesihatan Dikuarantin

18-3-2020 10:21 AM| Diterbitkan: irapie| Dilihat: 6120| Komen: 20|Original author: Oleh: irapie


Kredit foto: FB/Google

Penularan jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan sehingga kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan menjadi mimpi ngeri apabila pesakit disyaki suspek Covid-19 tidak mengambil langkah pencegahan ketika melawat klinik kesihatan untuk mendapatkan bantuan. 

Tindakan mementingkan diri itu memberi kesan kepada 10 kakitangan kesihatan yang terpaksa dikuarantin. 

Menurut perkongsian Faisal Firdaus di Facebook, ia umpama mimpi ngeri jadi kenyataan. Katanya, pesakit berkenaan tidak memakai topeng muka apabila mengunjungi klinik untuk mendapatkan rawatan walaupun sedar dirinya sudah dijangkiti virus terbabit.




Beban tugas semakin banyak kerana kekurangan kakitangan kesihatan

"Sepatutnya kami merawat anda, tetapi disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab anda kami dikuarantin. Justeru, ia menyebabkan perjalanan tugas Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti terganggu," katanya.



Doakan kami cepat sihat agar boleh kembali bertugas



Kredit foto: FB

Semua orang sepatutnya mengambil peranan agar virus ini tidak merebak dengan cepat dan dapat ditangani segera. Jagi diri dan keluarga anda. Terus berada di rumah jika tiada perkara penting untuk keluar rumah. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-3-2020 10:23 AM
Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mask,haram dia tak pakai..dia suruh tawakal..cam keymark
Quote salmon-suki 18-3-2020 10:28 AM
Kurex: Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mask,haram dia tak pakai..dia suruh tawakal..cam keym ...


y sakit tu kne sedar diri n pakai mask..sbb skrg susah nak dpt kan mask..kalau sakit n xde mask,sila pakai anything y boleh tutup mulut n hidung mereka..kalau bersin,batuk ke,sila tutup mulut n hidung..

Tp salunya golongn selfish mcm ni y salu ai jmpe,xdenye dorg nak cover up..sesuka hati je hambur merata..patut dibiarkn mati hidup2
Quote Boomibulat 18-3-2020 10:47 AM
Kurex replied at 18-3-2020 10:23 AM
Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mas ...

Pg td tgk x ramai pun pakai..mgkn stok xde atau saja x pakai..pelancong langsung x pakai..
Quote zulka 18-3-2020 10:50 AM
Kurex replied at 18-3-2020 10:23 AM
Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mas ...

yg sihat tak perlu pakai kot, kecuali kakitangan hospital yg mengendalikan kes2 covid ni..
Quote mawar_mustika 18-3-2020 11:24 AM
manusia yg bangang abadi mcm nilh yg menyusahkn org lain...berlaku kat kawasn perumahan kakak i...btul2 belakang rmh dia...skarang pihak polis tgh cr die...die adalah slh sorang yg menghadiri perhimpunan tabligh tu...kakak i ckp dh lama xtgk die tp 2 hari lepas ade tgk anak die duk kayuh basikal dpn rmh kakak i...semalam kakak i cuba tel isteri die xberangkat tel...rmh dieorg berkunci rapat..hopefully diorg berkurunglh dlm tu bukan p lari mana2..

adik ipar i nurse semalam die terlibat dgn saringan covid-19 ni...die ckp trun je dr van sbb dieorg dh siap sedia pakai bj khas dgn topeng...die dgr ade p.cik2 tua duk bebel...takut sangat mati sampai pakai tutup mcm tu...semua org akan mati katanya...adoi xtau dh nk explain cmne kat manusia2 mcm ni...mmg semua org mati tp kita x nak lh mati dlm keadaan mcm tu..kita nk pergi diiringi ahli keluarga..yg solat jenazah kita biarlh ramai..pergi dlm keadaan tenang...sedih tgk pengebumian mangsa yg meninggal sbb covid-19 ni...i doakan biarlah 2 je kes kematian kt m'sia ni
Quote matchstick 18-3-2020 11:51 AM
Kurex: Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mask,haram dia tak pakai..dia suruh tawakal..cam keym ...


Dh takde stok mask la kurex.. Yg 3 ply tu kalau ada yg jual pun ambik kesempatan. Harga sekotak lagi mahal drpd harga sekampit beras 10kg. Yg nipis 1ply je kot 80sen sekeping, tp tak berkesan pun yg tu
Quote tripleid 18-3-2020 11:55 AM
sbb tu puak2 perasan ahli sorga ni kalo dah mampos  sbb covid besok x yah nak ber alfatihah bagai
Quote Kurex 18-3-2020 12:38 PM
Boomibulat replied at 18-3-2020 10:47 AM
Pg td tgk x ramai pun pakai..mgkn stok xde atau saja x pakai..pelancong langsung x pakai..

Kawan mak aku boleh pulak datang lepak bersembang..dia tak tau ke apa tu kuarantin?????? Aku nak cakap lepas ni tutup je pintu
Quote evlinne 18-3-2020 01:33 PM
Kesiannya staff yg terlibat
Ya Allah harap2 mereka semua -ve covid
Dah la dorang fight nak servis kita semua yg sakit2 ni hari2
Kerana seekor babi bebal terlepas habis yg tak bersalah kena. Geram btul. Haaa dpt ko sekor babi
Quote Artemesiaa 18-3-2020 04:40 PM
Sebab sikap suka ambil mudah dan tak peduli bahayanya wabak ni
Quote Kuasaberganda 18-3-2020 04:42 PM
kerja acik akak abam cleaner pon kesian gak terdedah dgn mcm mcm. xde org nak limelight ke? kerja dh la xde pencen klo yg swasta tu, pastu terdedah ,. . .xdpt cek sbb simptom on off.lagi la. . . cukup cukup la dok limelight satu position saja. kalo acik cleaner xdak, adakah anda sebagai rakyat yg bersivik mampu membersihkan tandas, dan sebagainya utk org awam?
Quote gorjeous 18-3-2020 06:43 PM
Kesian laaa pada kakitangan yg terlibat dan family2 mereka..
Quote biozipstar 18-3-2020 07:09 PM
tapi selalunya yg cakap mati itu pasti bla2.. kalau dah tertulis mati sbb virus mati jugak etc, org tu yg lambat mati oi... Allah bagi istidraj mulut mcm xde insuran. kalau kau rasa bodoh sgt pergi cari universe yg takde dlm pengetahuan ALLAH.
Quote J4I 18-3-2020 08:50 PM
Kurex replied at 18-3-2020 10:23 AM
Sebab tu kita yg sihat ni kena pakai mask..macam aku keluar dgn member alu,aku bawakkan dia satu mas ...

Tu bukan tawakkal, tu saje cari penyakit.
Quote Jonijonet55 18-3-2020 10:21 PM
Mask takder {:cryrun
Quote husna_amal 19-3-2020 02:31 PM
Harap lepas ni perkara macam ni jadi pengajaran buat orang ramai
Quote shida81 19-3-2020 09:03 PM
BABI la..... menyusahkan org....  
Quote Nham22 19-3-2020 09:16 PM
mawar_mustika replied at 18-3-2020 11:24 AM
manusia yg bangang abadi mcm nilh yg menyusahkn org lain...berlaku kat kawasn perumahan kakak i...bt ...

Ehhh kalau i ade kat situ.. I sekolahkan pakcik tu... Dasarr
Quote azimodin 19-3-2020 11:57 PM
Boomibulat replied at 18-3-2020 10:47 AM
Pg td tgk x ramai pun pakai..mgkn stok xde atau saja x pakai..pelancong langsung x pakai..

Memang stock xde. Minggu lepas pergi 7 farmasi, dari yg kat ceruk sampai la yg besar macam alpro. Mmg habis semua. Last2 beli bateri kat mr. Diy, dapat la sekeping.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063984 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top