Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini, nampaknya ramai pengguna membuat pembelian panik terutamanya bekalan makanan. Akan tetapi tindakan tersebut sebenarnya akan menyebabkan pembaziran kerana terdapat makanan seperti roti yang ada tarikh luput, malah akan menyukarkan peniaga untuk menambah bekalan dalam masa yang singkat, sekali gus menyukarkan mereka yang benar-benar memerlukannya. Perkara sama dikongsi pemilik akaun F@cebook ini. Lihatlah berapa banyak pembaziran telah berlaku. Loading FB Post...
Pembelian panik berlaku sampai tak mampu nak beratur panjang, akhirnya troli yang penuh dengan bekalan makanan ditinggalkan begitu sahaja. Akhirnya barang jadi rosak dan pihak pembekal terpaksa pula menanggung kerugian dan menyusahkan petugas premis pula. Dalam perkongsian lain, ada juga warga maya sampai tersalah membeli minyak yang disangka minyak masak. Wargamaya turut berasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab ini. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bukan perintah berkurung. Kedai barangan dibuka seperti biasa maka pembelian panik tidak seharusnya berlaku. Dalam keadaan sekarang ini sila patuhi saranan dan larangan kerajaan. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang semua warga Malaysia. - CARI
|
palmolive: rakyat malaysia ni dh lama pentingkan diri..bila ada bencana cmni, lagi menyerlah perangai dlm diri..sebelum ni kalo nak raya, kt pasaraya ada sstgh p ...
belilies: Hmmm..... Padahal jenis ni laaa yg patut pupus dijangkiti covid-19. Membazir n bodo.
ADVERTISEMENT