Afieq Shazwan dikecam selepas tindakannya merangkul pinggang dan mendukung Wani Kayrie semasa membuat persembahan malam final Dansa dan Sing baru-baru ini. Namun katanya, ia hanya sekadar untuk menghiburkan penonton. "Mula-mulanya orang tak perasan, cuma bila keluar gambar dan video di media sosial baru ada yang menegur. "Apa pun ia dilakukan atas permintaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Saya angkat dia pun cuma dalam tiga saat sahaja," katanya keoada mStar Online.
Dalam masa yang sama, Afiew memohon maaf jika kasi tersebut mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak. "Jangan fikir bukan-bukan, selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga. "Sebelum ini saya pernah dukung perempuan lain tapi tak jadi isu. Mungkin sebab dengan Wani, itu yang jadi isu," tambahnya. -CARI |
shahirakay replied at 18-3-2020 02:46 PM
besaq dah budak ni noh
jasmeen replied at 18-3-2020 02:48 PM
sapa ni chuols
zila_hakimie replied at 18-3-2020 03:16 PM
punya la lama dansa dansing tu..
baru nk bgtau
hihi
ADVERTISEMENT