CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun, IOC Nekad Teruskan Olimpik 2020 - Malaysia Akan Hantar Wakil?

18-3-2020 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2600| Komen: 18

Jepun tidak membuat sebarang persiapan untuk menunda acara Olimpik 2020 walaupun pandemik Covid-19 tidak menunjukkan perubahan baik.

Memetik Reuters, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga menegaskan kerajaan akan meneruskan persiapan untuk menganjurkan acara itu pada 24 Julai hingga 9 Ogos seperti dijadualkan sebelum ini.


Mereka juga bekerjasama rapat dengan beberapa organisasi seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk meneruskan acara.


Kredit foto: Reuters

Sementara itu, Perdana Menteri Abe Shinzo pada Selasa berkata, negara G7 bersetuju untuk memberi sokongan bagi meneruskan acara sukan itu.

Difahamkan, IOC juga nekad meneruskan Tokyo Games mengikut jadual.

Bagaimanapun, tindakan mereka dipertikaikan atlet yang bimbang dengan kesihatan mereka memandangkan hingga kini, wabak itu telah mencecah sekitar 200,000 kes dan meragut lebih 7,500 nyawa.


Malah, Menteri Kewangan Jepun, Aso menegaskan bahawa negara itu tidak memegang kuasa mutlak untuk membuat keputusan.

Katanya, adalah tidak masuk akal untuk meneruskan acara itu jika negara lain enggan menghantar wakil bagi menyertai Tokyo Games.

Kajian tinjauan dijalankan Kyodo News pada Isnin juga  mendapati 69.9 peratus menolak acara itu dilangsungkan ketika Covid-19 masih mengganas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 18-3-2020 06:06 PM
Game kat stadium pun skrg berjalan tanpa penonton.
Elok la tu umah prc berebot tiket olimpik jopun
Quote Leonclay 18-3-2020 06:37 PM
Committee member diaorg pn ada yg kena covid..baik le tangguh..bola sepak pn byk yg dh tangguh ke thn 2021
Quote bakingsoda 18-3-2020 06:54 PM
ko berebut la jepun dgn covid19 pingat emas tuh
Quote merrissa 18-3-2020 07:04 PM
x fhm org yg x sdr seriusnya problem ni....maybe bertanding secara online kot...
Quote haiku 18-3-2020 07:11 PM
Buat next year sama macam EURO 2021 boleh tak
Quote VioletsAre_Blue 18-3-2020 07:54 PM
Edited by VioletsAre_Blue at 18-3-2020 07:55 PM

Olimpik ni 4 tahun sekali je kot, bola tiap2 tahun boleh je tangguh.. Kalau buat tahun depan pun ok takde pun bertembung jadual mcm bola sepak
Quote mujer_in_espejo 18-3-2020 10:27 PM
Mungkin mereka positif  bahawa wabak covid19 ni akan berakhir sebelum bulan julai nti
Quote damsel_fiji 18-3-2020 10:29 PM
VioletsAre_Blue replied at 18-3-2020 07:54 PM
Olimpik ni 4 tahun sekali je kot, bola tiap2 tahun boleh je tangguh.. Kalau buat tahun depan pun ok  ...

masalahnya IOC yg x bagi..mcm paksa jugak jepun suh teruskan..
Quote Cassieopeia 18-3-2020 10:40 PM
terlebih positive diorg ni julai nti xde wabak ni.. kitapun harap sebelum puasa/raya akan kurang. sbb confirm2 raya semua nk blk kg kan
Quote bungarose 18-3-2020 10:50 PM
Degil sungguh
Quote RatuDunia94 18-3-2020 10:55 PM
Sekarang ni tgh risau gelombang ketiga melanda.. minta2 dijauhkan lah.. sbb gelombang ketiga lagi risau..

Iols selaku peminat olimpik pon sarankan tangguhkan jela olimpik ni.. sampai keadaan reda. Kesian atlit2 kokesen yg helok2 tu..
Quote amyza 18-3-2020 10:59 PM
Opismate i patut pergi tengok bola kat uae pun cancel. Burn lah duit kat hotel dgn tiket bas. Nasib duit tiket flight dapat balik.

Pelik2 jer jepun ni. Tangguh lah sampai settle covid19 dulu.
Quote HannahMontana 18-3-2020 11:14 PM
Percayalah pada April nanti Jepun akan umum Sukan Olympic di batalkan.
Quote HannahMontana 18-3-2020 11:14 PM
Sekarang boleh lagi tunjuk hero.

Tunggu  1 April .
Quote domestobot 18-3-2020 11:53 PM
hantar wakil macam Shapie Apdal hantar wakil masa Agong nak jumpa sorang2 ahli Parlimen ke?
Quote Nham22 19-3-2020 12:16 AM
Hantar sajat tuk acara bina badan
Quote husna_amal 19-3-2020 03:47 PM
sekurang2nya tangguhkan lah dulu.
Quote Itzy 19-3-2020 11:15 PM
Jepun bodoh bangang, itu je nak kata{:smile{:good

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048948 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top