Penularan wabak Covid-19 betul-betul membimbangkan seluruh masyarakat dunia. Sampai Sajat pun turut kena tempias bila ada pihak yang menyalahkannya dan mendakwa dia adalah antara punca bala ini diturunkan Tuhan.
Ini susulan tindakannya pergi ke Tanah Suci Mekah dengan memakai pakaian wanita selain turut menyentuh Kaabah. Sajat meminta bukti kukuh tindakannya itu menyebabkan berlakunya wabak Covid-19 ini.
"Rasa nak jumpa ustaz yang mengata aku! Apa masalah ustaz ni? Kau nak cakap aku sentuh Kaabah, terus Makkah tak boleh masuk?" tulisnya di Insta Story. Sajat juga meluahkan rasa geramnya dan meminta pihak tersebut berhenti menabur fitnah. Dia juga menegaskan dirinya bukanlah punca sekatan masuk ke Mekah dilaksanakan. "Kes orang lain makan haiwan buas , hujung-hujung ustaz kata bala yang datang sebab aku pegang Kaabah! CNN pun tak ada masuk fasal ni? Tolonglah!" tambahnya. -CARI
|
susukambingbest replied at 18-3-2020 07:02 PM
Eh eh bamjat ni terasa please ye dia ckp LELAKI bertelekung bkn perempuan brtelekung. Bamjat kan p ...
ADVERTISEMENT