Beberapa langkah pencegahan dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ekoran penularan wabak Covid-19. Salah satu langkah KKM ialah memastikan bilangan pengunjung yang ingin melawat pesakit di hospital telah dihadkan. KKM menegaskan bahawa waktu lawatan di semua hospital telah dipendekkan bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19 di hospital. Namun begitu, orang ramai dilihat tidak mengendahkan amaran tersebut dan mengunjungi hospital seperti biasa. Siap bawa kanak-kanak lagi.
Mujurlah ada pengawal keselamatan seperti individu ini yang berusaha memberi penerangan kepada pelawat di hospital. Video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang pengawal keselamatan hospital memberi arahan kepada orang ramai berkenaan jumlah pelawat yang dibenarkan melawat seseorang pesakit. Seorang pesakit hanya dibenarkan menerima kunjungan 2 orang pelawat pada satu-satu masa dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Usaha pengawal keselamatan ini telah menerima pujian dari KKM dan orang ramai. |
djzara81 replied at 20-3-2020 12:52 PM
Aku cadangkan abg guard ni masuk politik. Gaya cakap mcm menteri, even better than sesetengah menter ...
tipuware replied at 20-3-2020 06:36 PM
Public speaking dia bagus ni.. Ada eye contact. Ada pause.. Ada penekanan kpd beberapa perkataan.. A ...
ADVERTISEMENT