Langkah ini sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Akan tetapi hal sebaliknya berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu stesen bas dan balai polis bagi mendapatkan permit keluar daerah untuk pulang ke kampung terutamanya siswa institut pengajian tinggi. Bagi para penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) pergerakan beramai-ramai itu tercetus apabila pihak keluar pekeliling universiti memaklumkan perintah kepada pelajar yang tinggal di kampus supaya mengosongkan bilik asrama mereka dan pulang ke rumah pada hari yang sama.
Kemudian, makluman soalan lazim (FAQ) Majlis Keselamatan Negara sekitar jam 2 petang pada hari yang sama turut memerintahkan semua pelajar universiti untuk pulang ke rumah masing-masing. "Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan."Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini," kata FAQ itu. Ini menyebabkan sekitar jam 3 petang hari yang sama, media sosi@l kecoh dengan laporan para pelajar antara orang ramai yang berpusu-pusu di Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun sebelum ini kerajaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan lebih 50 orang. Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran terdapat risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas. Akhirnya, pada jam 5.30 petang hari yang sama, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya, menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah. MKN kemudian menyemak semula arahan terdahulunya pada jam 7.30 malam pada hari yang sama dan mengeluarkan perintah baru. "Pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing," katanya pada FAQ yang kedua. Kelihatan di ruang komen orang awam menyalahkan tindakan siswa yang sebenarnya adalah mangsa keadaan kepada kenyataan MKN yang tidak konsisten itu. Antara tweet yang dikongsikan siswa yang kecewa dengan arahan pihak kerajaan. Terbaru, pelajar universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi, termasuk pelajar antarabangsa, dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan walaupun sudah membeli tiket pengangkutan. Ah sudah. Betul-betul menyusahkan siswa. Salah siswa juga ke? - CARI |
dagusengett replied at 22-3-2020 05:11 PM
Bodohnya university kat mesia ni
Takde bincang dulu ke action plan
Nway university kat UK dia tut ...
ADVERTISEMENT