Bukan saja majlis kahwin dibatalkan, malah jurunikah turut diberi kuasa untuk menangguh nikah. Harian Metro melaporkan, jurunikah di Terengganu diberi kuasa sepenuhnya untuk menangguhkan pernikahan, jika ada pihak gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad menegaskan supaya semua urusan pernikahan ditangguhkan sehingga keadaan pulih. “Pasangan yang mahu meneruskan majlis akad nikah perlu menggunakan premis sendiri dan ia tidak dilangsungkan di masjid, surau atau di tempat awam. “Majlis akad nikah juga hanya perlu dihadiri seorang jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, empat saksi serta perjalanan akad nikah hendaklah dipendekkan tidak melebihi 20 minit,” katanya. Selain itu, keluarga kedua-dua mempelai diminta menyediakan penutup mulut dan hidung serta pembersih tangan.
Malah, mereka perlu menyerahkan nama, alamat semasa dan nombor telefon jemputan yang hadir kepada jurunikah. “Kita juga menasihatkan supaya majlis kenduri ditangguhkan. “Ahli keluarga pengantin diminta menjarakkan sekurang-kurangnya satu meter dari pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak,” katanya. - CARI
|
syidasaleh: Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weekend ni. Perempuan dr lahad datu lelaki kelantan. D ...
syidasaleh replied at 19-3-2020 12:24 PM
Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weeke ...
ADVERTISEMENT