Gara-gara gambar Maggi 'ketam' yang dimuat naik anaknya, penyanyi Amy Search berang kerana mendapati Nabila Huda masih bekerja walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk hari kedua. Meluahkan rasa marahnya kerana pihak produksi seolah-olah tidak peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, Amy meminta pihak PDRM mencari produksi ini kerana memaksa krew dan pelakon bekerja dalam situasi darurat ini. Terdahulu, Amy memberi komen pada gambar anaknya yang terpaksa makan mee segera kerana semua kedai makan sudah ditutup akibat arahan kerajaan tersebut.
Dengan kapsyen Nabila yang 'homesick' serta rindukan segala-galanya jelas membuktikan mengapa Amy berang sebegitu rupa. "HOI!!! ADTISHA PRODUCTION anak aku sepatut nya ada kat dalam rumah bukan kerja. Abil please pack your thing and come home now!!! #adtishaproductions" Rentetan itu, Nabila Huda kemudiannya menjawab di ruangan komen juga bahawa mereka sudah cuba menghubungi penerbit tetapi gagal. Bagaimanapun, pelakon filem Mama ini berjanji akan pulang dengan kadar yang segera. Rakan artis lain turut memberikan komen supaya anak Amy Search itu bertabah dan segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. |
nadie90 replied at 19-3-2020 05:24 PM
Ada jgk la yg dok amik kesempatan buat shooting msa kna RMO....mohon FINAS pantau production2 ...
Acikgomen replied at 19-3-2020 05:09 PM
Sapa adtisha productions tu
namieamuro replied at 19-3-2020 05:21 PM
bole ke teroskn shooting wpn tgh kawalan? mcm xde je dlm senarai yg bole keje mcm biase..agak2 la..
...
namieamuro replied at 19-3-2020 05:21 PM
bole ke teroskn shooting wpn tgh kawalan? mcm xde je dlm senarai yg bole keje mcm biase..agak2 la..
...
ADVERTISEMENT