Pembelian panik menyebabkan seorang remaja perempuan yaris patah lutut selepas jatuh ditolak pengunjung di sebuah pasar raya di Australia. Memetik METRO, dalam kejadian pada Rabu itu, Hayley, 13, dan adiknya, Tyler, 9, bersama ibu mereka, Emma Zache mengunjungi pasaraya Coles di Baldivis, Perth.
Difahamkan, Emma yang berkerusi roda selepas menjalani suatu pembedahan tiba di hadapan pasar raya berkenaan sebelum ia dibuka. Bagaimanapun, Hayley kemudian terjatuh ditolak beberapa pengunjung lain yang berasak-asak menyerbu bahagian depan premis berkenaan untuk berebut tisu tandas sebaik pasar raya itu dibuka. Kejadian itu menyebabkan mangsa terpisah daripada ibu dan adiknya. "Sebaik saya berjaya masuk ke dalam Coles, saya ternampak anak perempuan saya terduduk di tepi sambil menangis kesakitan.
"Sudahlah terjatuh ditolak dan dipijak orang dewasa yang berebut masuk ke dalam pasar raya, tidak dipedulikan pula anak saya menangis kesakitan," katanya kepada The West Australian. Saya terkesima dengan sikap mementingkan diri ditunjukkan orang ramai terutama ketika berlaku pembelian panik. Difahamkan, Hayley mengalami bengkak di lutut hingga perlu melakukan ujian sinar-X untuk memastikan tidak mengalami kecederaan serius. - CARI
|
bakingsoda replied at 19-3-2020 05:12 PM
mak dia dah kenapa gi angkut anak2 berpanik dlm pasaraya? gi je la sorang
edee_91 replied at 19-3-2020 05:25 PM
kau baca ke idok artikel tu?
dua_chzy: Disaster brings the worst in us. Baru tahu ka?
bakingsoda replied at 19-3-2020 05:34 PM
aku salah baca ke? mak bawak anak dua org mengunjungi coles, pastu bila mak tu dah masuk pasaraya ...
dua_chzy replied at 19-3-2020 05:12 PM
Disaster brings the worst in us. Baru tahu ka?
edee_91 replied at 19-3-2020 08:26 PM
ke aku yang salah baca? rasanya mak dia berkerusi roda. jadi tu yang aku macam fahamlah kenapa mak ...
bakingsoda replied at 19-3-2020 09:08 PM
ya Allah kalau artikel ni masuk exam fail dah aku tang cerita lutut tu yg aku ingat budak ni ...
gujiwa replied at 19-3-2020 05:34 PM
drong ni mmg tak mo langsung guna air ke?
ADVERTISEMENT