Gara-gara penularan wabak COVID-19 yang semakin mengganas sehingga menyebabkan dua kematian di Malaysia, kerajaan mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga ke 31 Mac 2020. Walau bagaimanapun, masih ada yang berdegil dan ingkar dengan arahan tersebut. Sehubungan itu, ramai rakan artis melakukan usaha sama dalam memberi pesanan supaya masyarakat terus kekal di rumah dan tidak perlu ke mana-mana tanpa alasan munasabah. Nampaknya, selebriti kontroversi Azwan Haji Ali turut berkesempatan menitipkan beberapa pesanan kepada rakyat Malaysia.
"Merayap ke hulu, ke hilir. Kenapa degil sangat?"
|
ADVERTISEMENT