|
Perkembangan terbaharu wabak Covid 19 di China, buat pertama kalinya tiada kes baharu dicatatkan di wilayah Hubei pada Khamis. Astro Awani yang memetik South China Morning Post (SCMP),melaporkan ia merupakan kali pertama di seluruh China tiada kes baharu membabitkan jangkitan dalam negara atau domestik.
Pun begitu, 34 kes baharu dilaporkan yang dijangkiti dari luar negara. Dalam pada itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan sebanyak 70,420 daripada 80,928 kes positif Covid 19 sudah pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan jumlah kematian yang dilaporkan semakin menurun dengan lapan kematian pada Khamis.
Keseluruhan jumlah kematiah di China ialah sebanyak 3,245. Sementera itu, ada pihak yang mempersoalkan ketepatan data yang dikeluarkan oleh pihak China kerana kerap menukar kriteria diagnosis.- CARI
|
Artemesiaa replied at 19-3-2020 06:12 PM
Kita juga pasti akan bebas darinya jika semua pihak berkerjasama dan ikut arahan yang diberikan.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.248524 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.