Kebimbangan terhadap Covid-19 semakin memuncak menjadikan permintaan terhadap bekalan topeng muka semakin meningkat walaupun harganya ikut sama melonjak. Bukan saja rakyat negara lain terutama di China menjadi kreatif berdepan isu ini. Malah, selebriti tanah air juga menunjukkan kreativiti menghasilkan pelindung diri DIY.
Menerusi Instagramnya, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin berkongsi cara membuat pelindung muka menggunakan botol air. Idea itu tercetus selepas sahabat baiknya iaitu Dr Nazlin berkongsi di grup WhatsApp sedang mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.
"Tolong jangan bahan gambar 'doktor'baru ini, ya. Sekadar nak tunjuk saja," tulisnya. Aishah juga menyarankan orang ramai membuat pelindung muka menggunakan kaedahnya itu, sekiranya terpaksa keluar buat masa ini. "Biasalah benda macam ini semua sekarang terhad dan juga agak mahal. Jadi, kita cuba cara ini," ujarnya. Semoga kita semua selamat di bawah lindungan-Nya. - CARI
|
merrissa replied at 20-3-2020 01:45 PM
atleast dia x bodoh yg masih melepak kat luar x pakai mask...ingt mereka kalis penyakit
merrissa replied at 20-3-2020 01:45 PM
atleast dia x bodoh yg masih melepak kat luar x pakai mask...ingt mereka kalis penyakit
ADVERTISEMENT